Wednesday, January 16, 2013

3h2m Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu – Chapter 2/8

After few minute duduk kaku dalam perut kapal yang pandai terbang tu, cik peramugari pun hidangkan breakfast. Nasi lomak dengan sambal udang! Uihhh boleh tahan sodap! Sila jangan nikmati menu ni bersama orange juice. Mau pitam kang. Lebih kurang pukul 10am pilot (type pilot je terus teringat Adam Mukhriz – Adam & Hawa…. Hawau tol!!!) pun mendaratkan kitorang kat KKIA dengan jayanya.

Membiru je Negeri Di Bawah Bayu ni dari atas.


Plan A, owner kereta sewa (Brader US) akan send kereta dia kat KKIA tu jugak. So, dari sana aku terus je drive ke hotel. Tapi, oleh kerana aku terlebih cerdik pi suruh owner kereta hantar je kat hotel petang karang, tu pun sebab gatai duk berjanji ngan sorang kawan kat KK (PSS) tu untuk fetch kitorang (plan B la konon)… yang akhirnya dia tak muncul2. Makanya, naik cab je le kitorang ke hotel. Dari KKIA ke Regency Hotel, RM30 hengget! Ish, 10 minit je kot.


View dari bilik hotel. Dekat kanopi yang ada bot tu la kitorang pekena seafood.


Sampai kat hotel, sepatutnya kitorang kena siap2 ke Kundasang. And kalau ikut plan asal jugak, PSS janji nak drivekan kitorang ke sana. Sekali dapat message katanya dia tak free. An emergency case! Whatever! Kalau nak ber'holiday' kita kena ada plan A, B, C....Z. Oleh kerana dia lambat bagitau, kitorang dah waste time about 2 to 5 hours. Woooo...5 jam tu patutnya kitorang dah balik pun dari kundasang! Apesal aku teruja sangat nak gi Kundasang? Sebab aku rasa Kundasang cantik sangat! (Tu baru tengok gambar kat internet je dah rasa cantik). Serious beb... Lepas dah jejak kaki kat sana, confirmed cantik sangat! (Perasaan kembang kuncup berbunga2 macam orang tengah berchenta). Pikir punya pikir, aku call Brader US minta dia hantar kereta sewa tu kat hotel lepas zuhor. Dia pulak kata kereta ada orang pakai masa tu. So, kitorang kena la tunggu lagi 1 jam. Ni semua gara2 plan B yang spoilt lagi menyepoilkan tu. Huh! Lebih kurang pukul 3pm baru kitorang dapat kereta Myvi tu. Boleh la drift ke Kundasang. Tapi, erkkkkk...Brader US ni minta tolong hantarkan dia ke airport pulak dulu. Ikut niat jahat nak suruh dia naik teksi je. Dah la aku kejar masa ni. Lambat pi Kundasang tu kang hari gelap susah plak nak jalan. Maklum la Sabah ni...pukul 6.30pm dah macam pukul 8 malam kat Semenanjung. Haihhhh...pasrah je la aku kannnn... Lepas hantar Brader US tu, kitorang pun straight ke Kundasang, berpandukan google map yang aku dah print siap2 dan sikit penerangan dari Brader US.

Dari KK kitorang drive straight cari Jalan menghala ke Inanam, lepas tu straight lagi cari signboard ke Tuaran. Dari Tuaran follow pulak signboard Tamparuli (teringat plak lagu jambatan Tamparuli kan? Kan? Kan?). Then Ranau and terus ke Kundasang.

Dalam perjalanan ni mula2 kitorang jumpa Rumah Terbalik, nak singgah takut tak sempat pulak nak ke Kundasang. So, kitorang “Hai2 Bye2” je dulu Rumah Terbalik tu. Balik dari Kundasang nanti baru singgah. Tu pun kalau sempat….kaedahnya! Target kitorang hari tu ialah Desa Cattle Dairy Farm. Kobar2 nak tengok lembu! Wakakaka…. Tak lah! Kobar2 nak feeling2 macam kat New Zealand lah. Itulah yang ramai orang bagitau.

...bersambung...

 

No comments:

Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji

Company tempat aku kerja ni baru je nak masuk 5 tahun beroperasi. Staff kat dalam ni dah tanya bila boleh buat Potongan gaji untuk bayar zak...