Friday, March 02, 2012

Akhirnya...









Akhirnya plan nak ke seminar Productive Muslim tak kesampaian.. Nak buek camno, dah takdo rezki... Insya Allah next time....amin ya Allah! Oh by the way...plan ditukar ke Padang Merbok. Thanks Fidz sudi join gue yang ngengada nih. Lepas subuh 26 Februari 2012 tu, dengan terkocoh2 (tak suka tol perangai ni) aku gerak gi amik Fidz, 10minit gerak baru perasan kasut tertinggal. Giler pelupa makcik...hahaaaa... Nasib baik la jalan selengang-lengangnya pepagi subuh Ahad tu. Lepas amik Fidz terus gerak ke Padang Merbok. Tak ler jauh benor....masa google map macam jauuuuuuuuuuuhhhhhhh la sangat. Hehe...finally! Walk For Children, here we are! Excited, teruja, terkesima semua ada. Al-maklum first time buat benda2 charity-mity ni..haha cam poyo kan? Untuk record, yuran RM15/pax dan peserta 'dihadiahkan' dengan goodie bag dan sehelai T-Shirt.

Lepas proses registration and warm up session yang diketuai (diketuai tuuuuuu...hahaha) bebudak Celebrity Fitness (perghhhh...dah macam penari hip hop jer aku rasa) kitorang pun dilepaskan untuk charity walk a.k.a jalan2 tengok KL. Ok2 laaaa....tak la adventurous sangat. 5km je pun. Baby yang merangkak pun boleh buat punya lah. Tapi kesian gak kat Fidz ni...dah lama tak main kejar2 kot....nampak nau muka penat, nak2 time naik bukit. hehehe...Fidz, u can do it!!! (Sambil angkat tangan macam Tunku Abdul Rahman masa Hari Merdeka. Padehal, aku pun penat gak...kakakaka)
 
Ok lah...layan la gambar2 yang tak berapa nak ada nih. Oh ya, wa take2 picture ngan Dato' Syeikh Muszaphar....wa cakap lu!!! hahaha moga2 melekat la aura astronaut ni kat wa... :P 

the crowd :)

Celebrity Fitness lead sesi panas memanas...hehe

Thursday, January 26, 2012

Lets...Productive Muslim Seminar

Ok, today is the fourth CNY celebration. Many of my colleagues have not come to work yet. Raya sakan korang ye?..... Chinese staff especially, of course right? Me as well still in celebration  mood .. hehehehe. I feel so lazy and don't feel like doing anything. What else to do? Login to the internet is the best solution ;) Hmmmm...Facebook as well (via my handphone, ok!). And I saw a picture of seminar for Muslims posted by Wardina Safiyyah. Good! and now I need Mr Google search engine and looked for the details. This is really...really...interesting! Menarik, tertarik, kau memang da bomb! I straight away SMSed my 'buddy potential to go'...hehehe. Hopefully she will say 'YES' to go.


While waiting her answer, I was surfing the website itself. Masya Allah... I was like fell in love with this website. Loads and loads of info and tips for self improvement. They used simple and easy words that everyone can understand. The pictures are very attractive and the most interesting part is the videos are very creative and may touch your heart. Seriously and it is not a joke. Try it at www.productivemuslim.com :) 

 

Wednesday, January 25, 2012

Chatting

Aku rasa dalam zaman sekarang ni rata2 semua orang pernah chatting. Kan? Kan? Tipu laaaaa kalau tak penah... Oh ya, angkatan mak aku, aku percayalah tak involved dalam benda2 chatting matting ni kan...hehehee.. 
pic dari : 10persons.blogspot.com

Ok rite....few months ago aku ada chatting dengan sorang Pak Arab dari bumi Yemen ni. At first ok-ok laaa...dia cerita sikit background dia and aku cerita teramat lah sikit pasal background aku (prevention is better than cure....kan????? heheheheeeee...) Dunia laman sesawang ni ada macam2 peel. Silap haribulan boleh memakan diri sendiri Bedah oiiiiiii.... Macam biasa la bila dah chatting matting mesti ada sesi tukar2 photo, etc. Tapi hakak wat derk jer... Sampai la one day hakak ter-online kat handphone. Kat handphone memang ada profile picture. Hakak kantoi di situ! hahahaahaaaa.. Tapi apedehal....profile pic YM cinonit je....pastu gambar jauh plak. So, tak jadi hal lah. Kira sedekah je lah kat dia....hehehee boleh gitu??? 

Bila dah tengok pic, Pak Arab ni ajak webcam pulok doh.. Lelebih la tuuuu.... Hakak memang tak gemor tahap extravaganza nak webcam-mekcam ni. Jangan harap la!!! Dek kerana akak refuse, Pak Arab ni start la merapu meraban kata hakak ni....

* tak sporting - (takdo makno eh nak sporting ngan spesis darurat tuh)
* tak ramai friends - (takkan lak aku nak buat senarai untuk dia....pellis lah!)
* lonely - (takkan lak aku nk bgtau ko...smlm aku g daki Broga, esok aku g yam cha ngan dak opis kt Jeram, tulat aku g tengok wayang ngan geng sekolah, etc.)
* tak friendly - (jumpa aku pun ko tak nak...lg mau mengata aku)
* banyak problem - (dia ingat dia psychologyst gamaknya...kekonon terror how to read me...yucksss)
* takde aktiviti - (kalau aku tunjuk schedule aku kat dia...mau dia terkejut beruk Arab aku agak..hahaha)
* bla...bla...bla... - (sukati ko la....)

Sampai kan satu tahap tu dia boleh plak buat ayat, I bet u still virgin! Kepala hotak dia berjambul nak discuss sampai dalam kain aku... Memang Pak Arab ni nak kena *starlite* ngan aku nih...

End up aku dah tak tahan asyik kena kutuk ngan dia, aku cakap kat dia yang kitorang elok buat hal memasing je la. Almaklum aku ni takde yang elok pun pada ngko. Baik ko buat hal ko, and aku dengan hal aku. Takda nya aku heran kalo ko takde dalam YM list aku tuh....

Lepas dari tu, user id YM dia aku delete, nombor fon dia aku delete. Habis lah semua contact id dia aku removed. Pueh hati den! Tapi, yang tak bestnya, sampai ke hari ni dia still sending me his words kat YM. Kadang2 ayat dia ok2... Kadang2 macam biasa la nak menyakitkan hati aku. Stress mak, nak! Betul la kata orang, orang2 Arab ni kurang ajar, kasar and agak biadab! Mungkin tak semua tapi aku dah jumpa sorang ;)

Oh ya, meh kita baca ni sebagai renungan : Hukum Chatting 

Sunday, December 11, 2011

Hajat Nak Bakar Ikan


Abah, hari ni orang, mak, abang, akak ngan anak2 dia gi kebun lagi. Abang keringkan air lombong tu, sebab kitorang suspect ikan2 besar dah takde dalam lombong tu. Asal pancing je dapat anak ikan, asal pancing je dapat ikan kecik. Sambil2 nak tunggu air lombong tu kering, kitorang pekena durian dan rambutan yang abang long ngan mak beli tepi jalan tadi. Aktiviti time2 cuti Bah... Lagi best kalau dapat ikan besar kejap lagi kan, Bah? Boleh bakar, pastu cicah air asam macam selalu kita buat dulu. 

 pekena durian duluuuuu....


 nampak tak ada 2 ekor memerang dalam lombong tu...hehehe...


Hmmm...air lombong dah 70% kering, tapi tak nampak pun ikan besar melompat2 kat tepi2 lombong macam dulu masa abah keringkan lombong. Rasanya betul la apa yang kitorang agak ni Bah. Kitorang suspect, ada aktiviti malam kat lombong ikan. Ada la tu orang menjala time kitorang takde memalam hari. Haihhhh...tak baik syak wasangka kan Abah? Tapi kalau tak, mana pi ikan besar semua? Kitorang ni tak sabar nak bakar ikan cicah kicap cili atau air asam mak buat ni! Huuuuuhaiiiiiii...best kan Bah!!! Tapi petang ni memang tak nampak bayang ikan langsung! 

Anak tupai jumpa dalam 'banglo' orang..hehe. Budak2 tu namakan dia 'Vinn'.

Orang round2 keliling dusun Abah, buah ciku tengah banyak berbuah, pokok salak pun dah mula belajar berbuah. Ada la 2,3 biji. Buah2 lain macam langsat, rambutan, manggis, jambu semua habis dikerjakan monyet2 kat situ. Pastu, orang bersih2kan kawasan keliling. Bakar daun2 kering. Tak semak sangat sebab Abang baru je mesin rumput2 kat situ minggu lepas. Penat main lumpur, kitorang main air sungai lak. Dah penat, kitorang pun balik rumah sebab hari pun dah gelap nak Maghrib.

 Tuuuuu..nampak tak? Ada 2,3 biji buah salak :) yeayyy!!!


Nanti orang update lagi ye, Abah. 
Rindu Abah selalu.  



Saturday, December 10, 2011

Massage a.k.a Urut


Korang pernah gi massage? Urut mengurut... Aku pernah sekali. Tu pun foot reflexology je kat The Mine Shopping Fair. Sakit2 geli. Tapi hari ni first time aku buat full body massage. Traditional Thai massage kat Ampang Point. Nama tempat ni Arokaya Health Centre. 

pic ni copy n credited to : warlordsarmoury.blogspot.com

Aku sampai je depan pintu ada minah ni greet aku. Lepas explain apa yang patut, aku diberi sepasang persalinan macam pijama. Bila aku dah ready, tukang massage ni pun mulalah memberikan perkhidmatan massage nya. Wuiyooooooo...sekejap rasa sakit, adehhh...adehhhh. Sekejap rasa sedapnya kena urut... Sekejap rasa...heheheeeee geli la miss. Tapi tukang massage aku yang namanya Wan ni dah biasa kot. Bila dia tengok body language aku macam ala2 menahan sakit, dia akan slowkan sikit tekanan tangan dia. So, overall memang best! 

Ha, bila cakap pasal urut mengurut mesti ada yang terlintas pada perkara2 tak elok yang macam selalu kita tengok kat berita and rancangan 999 tu kan? Kan?... Tapi kat Arokaya Health Centre takde benda2 macam tu ye. Harap Maklum! Customer yang datang diberi persalinan baju dan seluar. Massager pun lengkap pakaiannya :p Satu lagi, lelaki akan di massage oleh lelaki, begitulah sebaliknya. Diorang tak pakai sebarang oil massage, cuma sedikit minyak panas....dalam jumlah yg sangat lah sedikit. Tapi syok wooooo...bila dia stretching kan tangan kita, pastu dia tolak2 kaki ke atas. Prakk..prakkk jugak bunyi pinggang aku bila dia stretching kan ke kiri dan ke kanan. Hahaha...banyak angin youuuuu.. Pendek kata, sape yang nak massage tapi tak tahan sakit tu, ni ler tempatnya. Percayalah memang best! Harga? Untuk full body massage yang aku buat tu... 1hour, RM48!! What do you expect?!? Ok la tu kan....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...