Friday, May 27, 2011

Kalau Allah Itu Wujud, Di Mana Dia?

Aku pernah diajukan dengan soalan di atas kira2 setahun yang lepas. Oleh kerana aku takut tersalah explain yg akan menyebabkan lain pulak yang dia paham kang...so, aku pun ajukan ke ruangan kemusykilan agama. Dan...setahun ++ baru dapat jawapan balas. Hehehe tak kisah lah...biar lambat dari langsung tak berjawab.. Tak gitu?

Soalan
Assalamualaikum. 
Baru2 ini saya di tanya "kalau Allah itu wujud, dimana Dia?"
Benarkah yg saya baca bahawa Allah berada di atas langit ke tujuh di atas arasynya?

Jawapan
Allah wujud dan pasti meyakini tentang kewujudannya. Kewujudannya tidak bertempat, termasuk di arasy (tempat yang tinggi bukan di langit yang ketujuh) sebagaimana firmannya yang bermaksud "Allah berada di atas arasy (tempat yang tinggi, ayat ini ialah ayat mutashabihah). Allah juga berada hampir dengan manusia sebagaimana firmannya yang bermaksud :
"Dan apabila manusia bertanya tentang Ku (Allah) maka sesungguhnya Aku (Allah) dekat/hampir dengannya" 

Maksud ayat yang lain pula Allah berfirman yang bermaksud :
"Dan Aku lebih hampir dari urat saraf halkum seseorang"

Terima kasih, Ustaz...

gambar suka2 je ni...takde kena mengena ngan posting. Credit pada tuan gambar, tak tau sape ;)



Ni link nya:



Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji

Company tempat aku kerja ni baru je nak masuk 5 tahun beroperasi. Staff kat dalam ni dah tanya bila boleh buat Potongan gaji untuk bayar zak...