Thursday, March 22, 2012

Hulu Langat Di Landa Bah


 


Hulu Langat banjir lagi! Mungkin disebabkan hujan tak berhenti2 dan quantity hujan yang turun terlalu banyak, Empangan Hulu Langat terpaksa dibuka (8 March 2012). Haaaa…sebab empangan dibuka la terjadinya bah besaq kat Hulu Langat ni… tu diorang kata la… Mungkin ada logiknya. Habis tu kalau tak bukak empangan air tu mau sampai KL banjir melanda kotttt…. Bukan tak pernah jadi. Petang Sabtu tu, selaku YB (Yang berhutang) aku buat lawatan tak rasmi kat kawasan banjir. Sempat gak ziarah rumah NZ, classmate masa sekolah dulu. Memang teruk la keadaan kawasan rumah diorang. Dengan pintu kayu yang kembang2 kena air. Dengan kain baju kotor kena lumpur. Dengan kusyen, tilam, sofa yang basah lencun….dan In Sha Allah lepas 2 bulan baru kering kalau jemur. Silap2 haribulan langsung tak boleh guna. 

Tu belum kira rosak kat enjin kereta atau motosikal lagi. Basikal adik2 tu pun kena amik kira gak….berselut lumpur kat rantai basikal. Paling kesian bila tengok kasut sekolah and baju sekolah anak2 diorang yang dah bertukar jadi warna coklat kemerah-merahan kena lumpur. Sian sungguh la weh…. Atas kesedaran yang kawan aku ni bukanlah kalangan hartawan mahupun jutawan (sama je cam aku), aku pun kenen2kan lah hal keadaan dia ni kat geng2 sekolah dulu. Walaweeeeeiiiiii…ramai gak ambil berat rupanya… Love you all bebeh… Dapat gak lah kitorang buat collection duit, kain baju, dan yang paling penting sokongan moral tu! Kelaaassss kelas 5VK1 nih! Heheeee…. In Sha Allah, yang memerlukan bantuan kita sama2 bantu yuk! Moga kawan kita tu tak lah rasa perit sangat, Amin.



p/s: no picture taken. Tak sampai hati nak senang2 hati snap gambar masa diorang tengah tak senang hati tu....
 

Sunday, March 04, 2012

You Are Beautiful, Allah Loves You

 


IH : Halo sis, nak pi ‘Talk’ tak?
Aku : Set! Kat mana? Bila? Yuran? Topik apa?
IH : Kat Bangunan SUK, Shah Alam. 3hb March 2012. Yuran freeeee…  Kerajaan Negeri  Selangor sponsor! Topik pasal hijab2 la…aurat wanita, etc.
Aku : ok set! Count me in.


Tak sia2 kita pi talk ni kan? Kan Janet kan? Kan? Ada Dr Harlina (ni doktor pakar O&G), Pn Munna Izzah (ni plak peguam cum perunding imej) dan moderator oleh Wardina Safiyyah (ni kalau tak kenal, tak tau ler teman). Kelassss dema2 ni semua. Sangat motivated. Banyak input dapat dari diorang and para peserta. Rasa nak lagi dan lagi dan lagi…. Yesss, Kita tak semestinya make-up tebal untuk nampak cantik. Yang penting beauty from inner side. Kalau dalam cantik, luar jadi cun melecun. Tak caya, cubalahhhh....dengan manjanya (uwekkkksss). Aiseh, dek kerana camera tak canggih maka gambar fashion show tak dapat la nak upload :( (sebenarnya aku yang tak reti snap...kuikui)


inside the goodie bag :)

 The panels; Dr Harlina, Moderator-Wardina Safiyyah and Pn Munna Izzah
 

Friday, March 02, 2012

Akhirnya...









Akhirnya plan nak ke seminar Productive Muslim tak kesampaian.. Nak buek camno, dah takdo rezki... Insya Allah next time....amin ya Allah! Oh by the way...plan ditukar ke Padang Merbok. Thanks Fidz sudi join gue yang ngengada nih. Lepas subuh 26 Februari 2012 tu, dengan terkocoh2 (tak suka tol perangai ni) aku gerak gi amik Fidz, 10minit gerak baru perasan kasut tertinggal. Giler pelupa makcik...hahaaaa... Nasib baik la jalan selengang-lengangnya pepagi subuh Ahad tu. Lepas amik Fidz terus gerak ke Padang Merbok. Tak ler jauh benor....masa google map macam jauuuuuuuuuuuhhhhhhh la sangat. Hehe...finally! Walk For Children, here we are! Excited, teruja, terkesima semua ada. Al-maklum first time buat benda2 charity-mity ni..haha cam poyo kan? Untuk record, yuran RM15/pax dan peserta 'dihadiahkan' dengan goodie bag dan sehelai T-Shirt.

Lepas proses registration and warm up session yang diketuai (diketuai tuuuuuu...hahaha) bebudak Celebrity Fitness (perghhhh...dah macam penari hip hop jer aku rasa) kitorang pun dilepaskan untuk charity walk a.k.a jalan2 tengok KL. Ok2 laaaa....tak la adventurous sangat. 5km je pun. Baby yang merangkak pun boleh buat punya lah. Tapi kesian gak kat Fidz ni...dah lama tak main kejar2 kot....nampak nau muka penat, nak2 time naik bukit. hehehe...Fidz, u can do it!!! (Sambil angkat tangan macam Tunku Abdul Rahman masa Hari Merdeka. Padehal, aku pun penat gak...kakakaka)
 
Ok lah...layan la gambar2 yang tak berapa nak ada nih. Oh ya, wa take2 picture ngan Dato' Syeikh Muszaphar....wa cakap lu!!! hahaha moga2 melekat la aura astronaut ni kat wa... :P 

the crowd :)

Celebrity Fitness lead sesi panas memanas...hehe

Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji

Company tempat aku kerja ni baru je nak masuk 5 tahun beroperasi. Staff kat dalam ni dah tanya bila boleh buat Potongan gaji untuk bayar zak...