Sunday, May 20, 2012

My First Attempt











Akak bz hari ni dik.. First time nak belajor mem'baking' kek. Bukan sebarang kek...Ice cream cake lg Dik Non... Haaaa jangan memain. Kelas sepatutnya start pukul 10.30am. Tapi seawal 10.20am aku dah terpacak depan umah si Ellie ni. Orang pertama lak tu yang sampai. Berkobar-kobar semangat juang aku. Tak pernah lagi baking-membaking cake ni. Entah jadi ke tak la kek aiskrim aku kang. Aku risau kek jadi tapi aiskrim lak tak rupa aiskrim kang. 

Aku tengok pintu rumah dah terbuka luas tapi takde sorang pun yang sampai lagi. Aku stay je dulu dalam kereta. Observe muka-muka student yang bakal masuk rumah tu..hehe. Sebenarnya aku malu2 meowww nak masuk sesorang. Ada la dalam 10 minit menunggu, baru lah sorang....sorang student kelas kek ni sampai. Sorang pun aku tak kenal...hahaha.. 

Kelas bermula sedikit lewat. Selepas memperkenalkan diri, cikgu kek ni menerangkan jenis2 peralatan dan bahan2 yang diperlukan. Gitu kannn...mukadimah la kiranya. Lepas dah buat dan bakar adunan kek, tibalah masa untuk aiskrim!!!!! (Yeayyyyy!!!!...seronoknya hati aku) Woooo...actually senang banget buat aiskrim ni. Hehehe... Bangga Kak Temah, Jah oiiiiii.... Pasni boleh la buat kek aiskrim aneka perisa gituuuu... Konon lah kannnn... Kot2 lepas kelas ni...resipi pun hilang entah ke mana...heheeee. Lepas kelas aku membawa pulang sebiji aiskrim kek buatan tangan aku sendiri. 

Ini dia, tadaaaaaa... 

 
Takde la lawa mana pun...as a first attempt...ok la kottt..hehehe.. ;)

Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji

Company tempat aku kerja ni baru je nak masuk 5 tahun beroperasi. Staff kat dalam ni dah tanya bila boleh buat Potongan gaji untuk bayar zak...