Tuesday, January 15, 2013

3h2m Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu – Chapter 1/8


3H2M ke Kota Kinabalu. Aku memang tak pernah fly. Tak pernah langsung! Tak tau langsung apa procedurenya. Tak tau apa yang boleh dan apa yang tak boleh. First time nih. I was so excited!!!!! Walaupunnnn..penerbangan  domestik je.. ke Kota Kinabalu, Sabah je. Banyak jugak research yang aku buat. Check internet, tanya kawan2...etc.

The 1st step yang aku buat dan aku rasa patut dibuat dek semua orang yang nak travel is.....buat research apa tempat menarik yang ada kat sana. Apa makanan, lifestyle kat sana, harga hotel, harga air tix, kereta sewa, aktiviti apa nak buat, berapa entrance fee dan apa berapa kos nak shopping kat sana. Serius, memang kena buat semua tu. Paling mencabar, holiday ni aku pi dengan kawan dari Jakarta. So, dah la 1st time fly, 1st time ke KK and at the same time kena lak jadi pemandu pelancong bawak Minah Jakarta sorang ni. Haiyoooo...very interesting cum pening!

Dua tiga hari sebelum berangkat aku dah siap2kan luggage aku. Siap pinjam luggage lock dari boss aku. Haaa...baik kan boss aku?!?. Sila la lock luggage dan segala beg. Bukan apa, beringat sebelum terkena. Kena apa? Apa2 je la yang mendatangkan kemudaratan. Kereta sewa pun aku dah arrange kan. RM80 sehari. Mahal tak? Ok kot... Myvi manual.

Jumaat malam lepas kerja aku terus ke KLIA, jemput Minah Jakarta ni. Nearly 11pm jugak la baru dia sampai. Dari KLIA terus bawak dia check-in kat rumah aku. Hehe.. Check-in with no charges ok! Banyak makanan ringan dia bawak untuk mak. Walhal mak aku bukan layan sangat junk food ni. Tapi orang berbudi kita berbahasa, gituuu.. Aku tak layan banyak dia malam tu. Haha..kalau aku layan mau tak tidur sampai pagi. Sampai rumah je dah pukul 1 pagi. Kang pukul 3 dah kena bangun, siap2.. Flight ke KK pukul 7.30pagi. Dapat la aku tidur 2 jam malam tu. Oleh kerana kitorang bangun pepagi buta..supaya tak lewat sebab nak kena cari parking segala, so kitorang decide breakfast kat KFC airport je. Aku decide parking je kereta kat airport tu.. 3H2M jugak la kereta aku check in kat situ. Masa nak keluar bayar kat mesin, RM150 lebih kurang, aku pun dah lupa. Agak pitam jugak la aku tengok amount tu. Haha… Lepas check-in baggage n solat, terus pi cari kopi panas. Punya la ramai Bangla kat airport hari tu. Mana la gamaknya diorang nak pi.

Day 1 – 12/1/2013
Ok, ini pengalaman pertama... Check-in, masuk boarding, tunggu nak masuk dalam sayap (sebab seat aku kat sayap). Hahaha.. Teruja gila! Masa taip ni pun keterujaan tu masih ada (poyo tak hengat!!!!). Sampai kat dalam perut kapal terbang tu, aku duduk sebelah Minah Jakarta ni...(Aiseh dia tak kasik can aku duk sebelah tingkap...) Dengan lagak poyo aku, duduk je terus keluarkan kamera! Minah tu mesti nyampah je ngan gelagat aku amik gambar sana sini ngalahkan paparazi. Har!har!har!...(Gelak Nordin Ahmad) ada aku kesah?!?!

Ni diaaaaa...gambar pertama yang aku hamekkkk... 

7.30pagi dari KLIA
 ...bersambung... 


No comments:

Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji

Company tempat aku kerja ni baru je nak masuk 5 tahun beroperasi. Staff kat dalam ni dah tanya bila boleh buat Potongan gaji untuk bayar zak...