Tuesday, June 28, 2011

Bulan Kepasrahan Dan Surat Untuk Boss

Macam-macam jadi bulan ni. Bukan la salah bulan pun. Dah benda nak happen, so aku kepasrahan dalam keterpaksaan. Bermula dengan macam2 working matters terjadi kat office. Lepas tu ditambah pulak incident2 yang 'owh what the fish!!!'.

Spek mata aku jatuh dalam lubang jamban...ieewwwwww!! Pastu handbag pulak koyak. Selang beberapa hari, tali kasut pulak putus...cet! Hari Ahad lepas pi amik handphone baru, ada pulak defect kat handphone tu...hawau tol!! Nak hantar untuk repair, dia kata after a month baru siap. Walaweiiii...terputus la hubungan aku ngan duniawi nanti. Pikiaq punya pikiaq punya pikiaq, since warranty dia setahun, aku pasrah je lah. Pakai je la dulu. Lagipun hati meloncat2 nak pakai handphone baru...wahhhhh!!! Alang2 nak hantar repair baik aku jahanamkan betul2 dulu kan? Mana la tau, untung sabut timbul...dapat new set! Auwwww...




gambar sekadar hiasan.
Dear Boss,

With regarding to the above statement, would appreciate if you could release my salary earlier than usual. It will be additional great if you give me 30% salary increment starting from this month period (see I don't ask too many, boss). Other than that, as you may aware, I had bought a new handphone. It will be glad if you could consider to provide me with the phone allowance. As I am very considerate person, RM150/month would be fine.

Boss, thank you in advance for your kind consideration and your co-operation is highly appreciated!

Luv,
-The most 'hardworking cum trustworthy' staff-

Sunday, June 26, 2011

Dari Congkak ke Bowling

My fren MB,

Sepatutnya aku heading ke rumah hang pagi tadi. Nak main bowling kat Alamanda lah konon. Asyik main congkak je, nak gak merasa jadi Shalin Zulkifli...ecewahhh... Tapi kan... nasib baik aku call hang dulu. Aku dah agak, Penolong Pengarah macam hang ni selalu je on call. Busy ngalahkan PM Bangladesh. Takpe la babe, hang kaya nanti jangan lupa kawan2 na....

Dek kerana hang busy sesangat, aku pun beralih arah ke Shah Alam. Target aku nak ke Jakel je, cuci2 mata, selain nak update fabrik apa yang tengah in-trend. Hmmmm...aku hanya mampu merancang namun Allah jua yang menentukannya...(heeeee...macam kes berat pulak ye?).

Sampai je kat Seksyen 7, jiwa aku tetiba rasa nak culik anak2 akak aku yang memang stay kat Shah Alam ni, bawak gi Plaza Alam Sentral. Suka terkinja2 bebudak tu bila aku kata nak belanja diorang main bowling. Dengan lagak ala2 pro giler, sebenarnya tak! aku tunjuk macam2 skill. Termasuk lah skill bola bowling ke belakang…adessss!!! sekali dia u-turn daaaaa… Huh! Gelak hentak2 kaki bebudak tu kat aku. Tapi, jangan pandang aku takde mata ye…walaupun aku hanyalah champion main congkak je masa kecik2 dulu, tapi aku berjaya jugak strike sekali tadi!…woot..woot..wahahahahahaaaa.. Bertambah besar gelak aku, bila score aku yang paling tinggi, wahai budak2...hahaha…kesiaannnnnnnnnnn…

Anyway, seronok bila tengok orang lain seronok. Tambah seronok orang itu adalah anak2 buah aku. Alhamdulillah. Life is beautiful… :)

Friday, June 24, 2011

Aku Masih Di Sini


Fuhh...fuhhhhh...hish banyak nyer habuk...
Hah!!!! Akhirnya hari ini (24.06.2011 / 22 Rejab 1432H - Jumaat) aku kembali bersidang.... Setelah sekian lama, hati aku kembali ke dunia blogging. Walaupun dulu baru je berjinak2 merpati, baru nak bertatih tapi dah terhenti seketika.

Tapi selepas muhasabah diri yang agak munasabah lamaaaaaaaanyaaaaa...sekarang aku kembali dengan semangat baru yang taklah membara sangat.

Semoga hari2 yang bakal aku lalui akan lebih bermakna buat semua orang disekeliling aku.
Amin Ya-Rabb.

Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji

Company tempat aku kerja ni baru je nak masuk 5 tahun beroperasi. Staff kat dalam ni dah tanya bila boleh buat Potongan gaji untuk bayar zak...