Friday, July 01, 2011

Novel Kehidupan

Sampai saja di rumah selewat 6.45petang, aku bergegas membersihkan diri. Blackberry curve yg baru beberapa hari kumiliki, malah masih merangkak2 menggunakan application2 yang ada di dalamnya, aku matikan untuk mengecas baterinya. Dengan badan yang lesu aku ke dapur mencari sesuatu untuk mengalas perut yang kosong. Setelah dua bulan melalui proses recovery from operation, aku selalu berasa pening dan nak muntah. Doktor kata tak ada apa yang perlu dirisaukan, hanya perubahan hormon yang biasa. Keadaan ini memaksa aku untuk tidak skip makan. Selesai makan malam dan solat maghrib, aku menghidupkan kembali talian handphone. Khidmat pesanan ringkas masuk bertubi-tubi. Perkhabaran yang sangat memualkan namun sebenarnya tidaklah memeranjatkan.

Tabahlah sahabat! Kau, aku dan kita semua sedang diuji yang maha esa. Percayalah ujian ini bakal mematangkan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi yang hanya pinjaman ini. Kadang-kadang aku simpati. Simpati pada hamba Allah akhir zaman yang sanggup memperjudikan kehidupan yang hakiki atas dasar mengejar segala kemewahan. Sanggup meletak harga diri di bawah tapak kaki yang memijak segala najis kehidupan. Menjejak si al-Kafirun, yang tempatnya sudah pun pasti di neraka jahanam. Manusia yang lahir dengan memegang nama sebagai keturunan Bani Adam ni, tidakkah berasa malu? Mungkin manusia seperti ini mahu RSVP ke neraka untuk turut bersama al-Kafirun bila tiba masanya nanti. Hidup senang mati bersama hingga ke neraka, mungkin itulah pegangannya. Lantang bercakap tentang dosa dan pahala persis baru tamat pengajian tahfiz, lagaknya. Manusia yang sanggup menggadai maruah demi kerana wang ringgit, yang memijak agama kerana pangkat. Terlalu jauh terleka dibuai permainan duniawi.

Aku teringat kata-kata seorang sahabat yang turut menjadi subjek untuk mainan manusia yang tidak berjiwa ini, "Tin kosong kalau diketuk memang berdengung kuat tapi bunyinya langsung tak sedap didengar. Tapi, kalau tin kosong berisi setengah air, lagi sedap bunyinya sebab ada second sound effect". Hari ini, kau betray anak bangsa kau sendiri, kau tindas dengan alasan kau punya kuasa, kau perlekehkan saudara se-Islam kau. Ya, mungkin benar, ramai umat Islam masa kini yang Islam kerana keturunan, bukan Islam pada cara hidup dan pegangan. Tapi kau jangan lupa, what goes around comes around. Percaya pada Qada' dan Qadar. Zahirnya kau manusia yang kelihatan sangat berkuasa, sehingga 'gajah besar' mampu kau lapah.

Namun, kau mungkin alpa atau kau memang tidak pernah tahu, bahawa Allah berada sangat hampir dengan manusia.  “Dan apabila manusia bertanya tentang Ku (Allah) maka sesungguhnya Aku (Allah) dekat/hampir dengannya”. Tidak cukup itu “Dan Aku (Allah) lebih hampir dari urat saraf halkum seseorang”. Aku berdoa moga satu hari nanti kau diberi petunjuk dan hidayah agar hari2 yang bakal kau lalui tidak sekelam hati kau yg makin mati.

Aku menghela nafas panjang sambil Blackberry ku matikan sekali lagi. Termenung sejenak, aku bertafakur moga Allah, ampuni aku, kita semua dan juga dia, hambaNya yang sangat berdosa. Amin ya rabbal alamin.

No comments:

Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji

Company tempat aku kerja ni baru je nak masuk 5 tahun beroperasi. Staff kat dalam ni dah tanya bila boleh buat Potongan gaji untuk bayar zak...