Thursday, July 21, 2011

Wehhh, Stress Ke???



Wehhh, korang ada baca tak baru2 ni Nielsen Company ada buat satu survey, katanya Malaysia di tangga ke 16 dalam kedudukan wanita stress di dunia. Dalam kajian tu lagi katanya…'katanya' lah kan wanita di negara India mengungguli carta dengan peratusan tertinggi sebanyak 87%. Gila stress Minachi2 kat India tu ye… nape ler gamaknya ye? Entah2 dema pi survey kat pompuan2 yang stress je, yang tak stress tak survey, ate mana tak tingginya peratusan tu. Walau apa pun, tu semua survey aje, tak semestinya tak tepat deknonnnn…

Tapi teman rasa ler kan, macamana ler tak stress.. ce nengok aje ler lifestyle wanita hari ini kat Malaysia ni ha.. Pepagi sesubuh-subuhnya dah bangun, (solat subuh tak yah dipertikai la ye…tu tanggungjawab sbg umat tu!) kelentang-kelentung numbuk cili nak buat sarapan nasi goreng untuk keluarga. Time ni laki dok berdengkur lagi kot…. Kalau tak, baguslah. Lepas tu kang, nak urus anak2 pulak. Nak kejut bangun tidur, nak kerah suh mandi, nak ketuk suh cepat pakai baju sekolah, nak suh dema sarapan cepat2 kang tertinggei bas sekolah, nak sapu rumah, nak kemas rumah pulak lagi, nak jemur kain lagi, nak siapkan diri sendiri lagi…jap gi pukul 9 nak masuk keje. Eh, laki buat apa ye time bini busy giler babas pepagi hari? Hape? Baca surat khabar? Atoiiiiiiiiiyaiiiiiiiii…mana tak stress??????     

Keluar je rumah dah nak kena ngadap traffic jam! “Jalan kat Kolumpo tu Yeop, kalo boleh Pah Bedah nak pasang kepak kat pintu kereta”. Gitu lah kannnn…. Sampai je kat opis kang, boss nak itu lah...boss nak ini lah, tak menyempat2. Boss kata nak document itu-ini urgently. Bila dah buat, tak payah pulak katanya. Esok-lusa pun takpe katanya. Stress tak? Cukup bulan kalau gomen 22, 23 haribulan dah gaji, tapi sebab company tu swasta kena tunggu 31 haribulan. Dibuatnya pulak company tu adalah Sewel Taiknologi Sdn Bhd, patut2 gaji bulan 6 dapat 30 Jun, tup-tup-tap-tep…sampai ke 21 haribulan Julai pun tak dapat2. Menganga la makan angin je. Pasir pun dah rasa serunding. Boss pulak tak muncul2 kat pintu opis. Nak-nak pulak dah dekat bulan puasa. Masa ni ler terbayang belanja untuk raya nanti. Memang la laki ada sama-sama bekerja, tapi cukup ke? Terbayang jugak la muka mak-bapak kat kampung yang duk tunggu duit belanja dema, walaupun sebenarnya dema idak ler mengharap pun.Tak stress ke???

Teman rasa itu antara ‘sekuman’ sebab wanita Malaysia ni stress.  Tapi, teman rasa ler…kita ni sebagai umatNya, tak payah nak layan sangat la stress tu. Cuba wat derkkkk je…sambil2 tu zikir banyak2. Teman pun tengah praktikkan ni. Teman tengah wat derkk je ni. Eh, teman stress ke ni???




sumber : http://business.blogs.cnn.com/2011/07/12/where-do-the-world%E2%80%99s-most-stressed-women-live/

1 comment:

Hafizin Jamil said...

pumpuan memang superbs..hehe

Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji

Company tempat aku kerja ni baru je nak masuk 5 tahun beroperasi. Staff kat dalam ni dah tanya bila boleh buat Potongan gaji untuk bayar zak...