Wednesday, July 13, 2011

Taklik

Pejam celik pejam celik, hari ini sudah pun menjengah ke bulan tujuh 2011. Malah sudah hampir ke pertengahan bulan. Sedang tak ada apa sangat nak buat petang2 Selasa semalam, aku didatangi dengan isu kahwin. Seorang sahabat lelaki bertanya….

“N, you nak kahwin ke...?”
Aku terkejut beruk! “Eh, pehal lak you ni? Tetiba jer..." ujarku. Sungguh! Hairan bin Ajaib...
Kemudian dia menyambung….”kenapa you tak kawin lagi?. You nak tunggu apa?”
Aku sambut dengan ketawa dibuat2.  “Belum jodoh….” Ujarku ikhlas. Ya, memang itu pun sebetulnya.
I rasa you tak payah kawin la N”. Aik? Pulak dah…..
“kenapa?” aku bertanya kerut-kerut dahi.

Dia terdiam seketika dan menyambung “You tengok ye N,  bila you dah kawin nanti, you tak leh kuar jejalan ikut sukati you. Pastu, waktu tidur you selalu tak cukup. Anak mintak susu lah…anak kencing malam lah…anak merengek takmo tidur lah…. Itu belum lagi dengan perubahan2 fizikal kat badan you nanti. Geleber kat sana, geleber kat sini. Husband you pun start la flirting sana sini ”.

Hmmmm…orang lelaki cakap macam tu? Hilang akal ke apa dia ni? Berkerut2 dahi aku cuba memahami apa yang dia cuba nak sampaikan kat aku.

“Itu lumrah lah brader, orang tak kan kawin kalo belum bersedia dengan perkara2 macam tu. Orang lelaki pun sama…akan ada proses perubahan dalam hidup dia. Bukan ke benda2 macam tu dinamakan proses kematangan? Hukum alam…”. Ujar aku antara pasti dengan tidak. Maklumlah belum ada pengalaman.  Dia tersenyum sinis. Tak pasti pulak aku maksud senyuman spontan dia tu. Tertanya2 dalam hati, dia ni menyesal kawin ke? Atau wife dia bagitau menyesal kawin dengan dia? Pelik sungguh...

“Ok, macam ni N…kalau you nak kawin or dah bersedia nak kawin..you have to make sure berapa gaji your future husband tu.” Hmmm…biar betik mamat ni. Macam tak percaya pulak ayat ni keluar dari mulut seorang lelaki, dah kawin pulak tu.

You pehal ni brader?” Tersengih aku melihat sahabatku yang seorang ni.

“Kalau future husband you tu gaji 5k and above, Insya Allah you bahagia. This is reality hari ini. Kalau setakat gaji seribu, dua....lupakan lah N. Tak yah kawin pun takpe”. Aik? Sekali lagi aku hairan sebab statement ni keluar dari seorang yang sudah berumahtangga. Lelaki pulak tu! Selalu jugak aku guna statement yang sama, (sekadar suka2) menangkis soalan2 cepumas dari kaum sejenis sahabat aku ni. Dan nescaya, aku kena smash balik dengan kata2, 'materialistik buleh tahan ye ko ni. Cari dato' je la weiiii'.

“N, penah dengar perkataan Taklik?” Soalnya dalam nada serius.
“Penah dengar, tapi tak lah banyak sangat yang I tau. Banyak baik ke banyak membebankan?” Soalku minta dia menyambung bicara.
“Banyak baik” sambungnya ringkas. “Kalau you nak kawin, make sure you buat taklik nikah ni baik2”.
“Contohnya?” Soalku.
You boleh buat, husband kalau nak tambah ‘cawangan’ kena la dapatkan persetujuan bertulis dari you, as a wife
Husband you kalau berkahwin lain, hak penjagaan anak2 akan diserahkan pada you
“Apa sahaja... yang you rasa perlu, in terms of protecting yourself, and your future. Termasuk nafkah zahir dan batin atas persetujuan kedua2 pihak, you and your future husband”.

“Apa sahaja?” Soalanku dibalas dengan anggukan.

“Macamana kalau I tulis; husband kena sediakan nafkah untuk I sebanyak 30% dari pendapatan terkini yang diterimanya setiap bulan. Which means, kalau husband I naik gaji ke... atau dapat bonus atau apa je yang menyebabkan gajinya bertambah, maka 30% itu turut di apply?”.
Of course you boleh buat macam tu” jawabnya penuh dinamik.

“Tak over ke? Kang future husband kata I melampau pulak?” Tanya ku jujur.
“Takde apa yang over, selagi ianya dipersetujui kedua belah pihak. Malah ini lebih baik” Bersungguh benar sahabat aku sorang ni.

“Lebih baik? Maksud you? Bukan baiknya lebih kepada si isteri ke?” Itulah yang ada dalam kotak fikiran aku yang jahil bab syarie ni.

“Lelaki sebagai bakal suami dan ketua keluarga menjadi tanggungjawabnya mencari nafkah dan segala keperluan untuk isteri dan anak2nya.”

“Apabila seorang lelaki bersedia untuk berkahwin, maknanya dia harus bersedia dengan segala komitmen. Dalam apa pun keadaan, tak kira si isteri bekerja atau tidak, si suami tetap perlu menyediakan segala nafkah dan keperluan. Seorang lelaki yang bertanggungjawab, tanpa ada keraguan akan bersetuju dengan taklik bakal si isteri yang disayangi. Dan you, as a wife pula tentulah tak minta di luar kemampuan your future husband yang disayangi tu, kan?” Panjang hujahnya padaku.

“Errrr...lelaki tak rasa bakal isteri mengada2 ke nanti?” Aku tanya macam orang bodoh.
“Lelaki akal cetek je akan rasa macam tu. Your future husband tak perlu rasa risau, itu semua melindungi hak you sebagai wanita 'jika' berlakunya perceraian. Lelaki kan dah pegang kuasa talak”. Dia tersenyum.

“Hmmm...kalau tak suka, tak payah kawin. Gitu?” aku menduga.
“Itu maknanya, tak sekufu. Kalau dah jodoh, pasti Allah permudahkan jalannya N...” Betul jugak cakap mamat ni...kataku dalam hati.

“Errrr...thanks for sharing friend, tapi ada apa2 ke you ni?...tiba2 je keluar topik ni” cuba mencungkil yang tersurat dan tersirat kalau2 ada.  

“Takde apa N. Saje nak share. I teringat kata2 kawan I masa I borak2 dengan dia yang bekerja di mahkamah syariah tentang isu ni. Sekarang ni ramai sangat orang bercerai dan kes tertangguh makan masa bertahun2 nak settle”.

“Tu lah dia bila ramai yang...ntahkan tak tahu, ntahkan segan, ntahkan tak berani nak tambah phrase kat taklik nikah tu. Padahal the Taklik is the final pledge of loyalty to the marriage". Tambahnya lagi.

Gambar hiasan. 

Aku senyum, sambil berkata "In that case, takde 5k pun takpe, as long dia boleh fulfill taklik nikah I.....kan?" Dia angguk, "itu lah maksud I tadi" sambil mencapai handphone yang berdering minta dijawab.

Hmmm...begitulah kehidupan. Ada masalah ada lah penyelesaian. Ada cabaran ada lah kematangan. Ada kesusahan akan ada lah juga kebahagiaan. Insya Allah.

No comments:

Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji

Company tempat aku kerja ni baru je nak masuk 5 tahun beroperasi. Staff kat dalam ni dah tanya bila boleh buat Potongan gaji untuk bayar zak...