Thursday, July 14, 2011

Don't Call Me !!!

Ni nak ceghita-ceghiti sikit lah.. Korang lah kan, kalau boss korang call korang lepas working hour, korang jawab tak call dia?. Korang bergumbira tak dapat call macam tu? Maksud aku, bila dia call handphone korang. Ni nak ceghita ni…semalam elok-elok aku sampai umah pukui 6.45pm, aku pun laksanakan la rutin harian mandi-manda, amik wudhu’, and solat segala. Lepas makan malam serba-serbi…gedebak-gedebuk-gedebush…tengok jam dah pun pukui 8 lebih. Time untuk tengok berita nih. Apa la jadi kat Palestin hari ni agaknya. Apa pulak jadi ngan Datuk S. Ambiga dan BERSIH 2.0 lepas perhimpunan hari tu ek? Aku pun switch on tv, tengok berita.

Tengah elok dok baguih aku layan berita….handphone dengan kadar volume nak kata loud tak loud, nak kata slow tak slow, dok pakat teghiak-teghiak suh aku mai jawab tang tu jugak. Aku capai handphone, tengok nama kat screen handphone tu nama boss aku. Lama mata dok tertancap kat screen handphone tu, nama nak jawab tak jugak. Adik ngan mak aku dah mula pakat renung tajam kat aku. “Oi, jawab la cepat, aku nak tengok tv ni. Tak dengar dah apa orang dalam tv tu cakap”. Aku sengih meow-meowww kat adik aku. Tapi still tak jawab panggilan telefon dari boss aku yang sangat rajin itu. Rajin lah kot sebab sampai malam nak cakap pasal kerja.

Haippp, korang fikir apa? Of course la pasal kerja, tak kan la nak ajak aku dating pulak. Tak sudi aku der…! Yang 2,3 orang tu pun tak ter’handle’ aku tengok, ngeeeee… Dek kerana aku tak menjawab, talian pun putus gituuuuuu je. Terima kasih handphone, hehe..kuar tanduk aku dibuatnya. Bila handphone dah kat tangan, aku pun start dok belek-belek segala sms, miss called, mms, bla…bla..bla.. Rupa-rupanya, boss aku dah call aku since pukul 7pm tadi. Ada tiga ‘panggilan rindu’ dari boss aku, ahaks! Tengah dok belek-belek tu, berbunyi lagi handphone aku dalam ringtone, classic ringer. Tertera nama PA boss aku tadi. Heh, tanduk aku kuar lagi nih.. Aku buat derk sekali lagi, sambil adik aku menghadiahkan renungan paling maut..pun sekali lagi. Hahaha….”rileks ar beb” sambil aku sengih meow-meowwwww lagi kat dia. Panggilan mati tak berjawab.

Kemudian, tet-tett…sms masuk. Dihantar dek PA boss. Aku dipaksa-rela menghubungi boss dengan kadar segera! Urgent matters katanya. Huh, ada mak kesah?!?! My working hour officially ended at 6pm, haloooooo!!! Tapi aku teriak dalam hati je la. Bukan sebab tak berani, cuma diorang tu je takde depan mata. SMS tu pun aku tak balas. Lantak hangpa lah. Hangpa rajin, aku malas! Ngeeeeeeee…… Maka malam tu berlalu begitu saja. Alhamdulillah aku tidur dengan lena tanpa ada igauan ngeri. Boss pun tak masuk dalam mimpi aku..hahaha. Rileks ar boss, sok masih ada. Tak payah kalut-malut. Esok aje boss hubungi saya ye. Ceh, bukan aku yang nak return call. Niat kejam laksana Israel..hehe..


To all da boss out there, saya tak suka panggilan hangit dan saya juga tak suka panggilan after working hour! – The End –

2 comments:

Hafizin Jamil said...

bos nk ajak dating la tu..

Ntahler said...

Takde maknanya H.J. Baik dating ngan kambing....huhu

Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji

Company tempat aku kerja ni baru je nak masuk 5 tahun beroperasi. Staff kat dalam ni dah tanya bila boleh buat Potongan gaji untuk bayar zak...