Saturday, December 10, 2011

Massage a.k.a Urut


Korang pernah gi massage? Urut mengurut... Aku pernah sekali. Tu pun foot reflexology je kat The Mine Shopping Fair. Sakit2 geli. Tapi hari ni first time aku buat full body massage. Traditional Thai massage kat Ampang Point. Nama tempat ni Arokaya Health Centre. 

pic ni copy n credited to : warlordsarmoury.blogspot.com

Aku sampai je depan pintu ada minah ni greet aku. Lepas explain apa yang patut, aku diberi sepasang persalinan macam pijama. Bila aku dah ready, tukang massage ni pun mulalah memberikan perkhidmatan massage nya. Wuiyooooooo...sekejap rasa sakit, adehhh...adehhhh. Sekejap rasa sedapnya kena urut... Sekejap rasa...heheheeeee geli la miss. Tapi tukang massage aku yang namanya Wan ni dah biasa kot. Bila dia tengok body language aku macam ala2 menahan sakit, dia akan slowkan sikit tekanan tangan dia. So, overall memang best! 

Ha, bila cakap pasal urut mengurut mesti ada yang terlintas pada perkara2 tak elok yang macam selalu kita tengok kat berita and rancangan 999 tu kan? Kan?... Tapi kat Arokaya Health Centre takde benda2 macam tu ye. Harap Maklum! Customer yang datang diberi persalinan baju dan seluar. Massager pun lengkap pakaiannya :p Satu lagi, lelaki akan di massage oleh lelaki, begitulah sebaliknya. Diorang tak pakai sebarang oil massage, cuma sedikit minyak panas....dalam jumlah yg sangat lah sedikit. Tapi syok wooooo...bila dia stretching kan tangan kita, pastu dia tolak2 kaki ke atas. Prakk..prakkk jugak bunyi pinggang aku bila dia stretching kan ke kiri dan ke kanan. Hahaha...banyak angin youuuuu.. Pendek kata, sape yang nak massage tapi tak tahan sakit tu, ni ler tempatnya. Percayalah memang best! Harga? Untuk full body massage yang aku buat tu... 1hour, RM48!! What do you expect?!? Ok la tu kan....



No comments:

Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji

Company tempat aku kerja ni baru je nak masuk 5 tahun beroperasi. Staff kat dalam ni dah tanya bila boleh buat Potongan gaji untuk bayar zak...