Sunday, December 11, 2011

Hajat Nak Bakar Ikan


Abah, hari ni orang, mak, abang, akak ngan anak2 dia gi kebun lagi. Abang keringkan air lombong tu, sebab kitorang suspect ikan2 besar dah takde dalam lombong tu. Asal pancing je dapat anak ikan, asal pancing je dapat ikan kecik. Sambil2 nak tunggu air lombong tu kering, kitorang pekena durian dan rambutan yang abang long ngan mak beli tepi jalan tadi. Aktiviti time2 cuti Bah... Lagi best kalau dapat ikan besar kejap lagi kan, Bah? Boleh bakar, pastu cicah air asam macam selalu kita buat dulu. 

 pekena durian duluuuuu....


 nampak tak ada 2 ekor memerang dalam lombong tu...hehehe...


Hmmm...air lombong dah 70% kering, tapi tak nampak pun ikan besar melompat2 kat tepi2 lombong macam dulu masa abah keringkan lombong. Rasanya betul la apa yang kitorang agak ni Bah. Kitorang suspect, ada aktiviti malam kat lombong ikan. Ada la tu orang menjala time kitorang takde memalam hari. Haihhhh...tak baik syak wasangka kan Abah? Tapi kalau tak, mana pi ikan besar semua? Kitorang ni tak sabar nak bakar ikan cicah kicap cili atau air asam mak buat ni! Huuuuuhaiiiiiii...best kan Bah!!! Tapi petang ni memang tak nampak bayang ikan langsung! 

Anak tupai jumpa dalam 'banglo' orang..hehe. Budak2 tu namakan dia 'Vinn'.

Orang round2 keliling dusun Abah, buah ciku tengah banyak berbuah, pokok salak pun dah mula belajar berbuah. Ada la 2,3 biji. Buah2 lain macam langsat, rambutan, manggis, jambu semua habis dikerjakan monyet2 kat situ. Pastu, orang bersih2kan kawasan keliling. Bakar daun2 kering. Tak semak sangat sebab Abang baru je mesin rumput2 kat situ minggu lepas. Penat main lumpur, kitorang main air sungai lak. Dah penat, kitorang pun balik rumah sebab hari pun dah gelap nak Maghrib.

 Tuuuuu..nampak tak? Ada 2,3 biji buah salak :) yeayyy!!!


Nanti orang update lagi ye, Abah. 
Rindu Abah selalu.  



Saturday, December 10, 2011

Massage a.k.a Urut


Korang pernah gi massage? Urut mengurut... Aku pernah sekali. Tu pun foot reflexology je kat The Mine Shopping Fair. Sakit2 geli. Tapi hari ni first time aku buat full body massage. Traditional Thai massage kat Ampang Point. Nama tempat ni Arokaya Health Centre. 

pic ni copy n credited to : warlordsarmoury.blogspot.com

Aku sampai je depan pintu ada minah ni greet aku. Lepas explain apa yang patut, aku diberi sepasang persalinan macam pijama. Bila aku dah ready, tukang massage ni pun mulalah memberikan perkhidmatan massage nya. Wuiyooooooo...sekejap rasa sakit, adehhh...adehhhh. Sekejap rasa sedapnya kena urut... Sekejap rasa...heheheeeee geli la miss. Tapi tukang massage aku yang namanya Wan ni dah biasa kot. Bila dia tengok body language aku macam ala2 menahan sakit, dia akan slowkan sikit tekanan tangan dia. So, overall memang best! 

Ha, bila cakap pasal urut mengurut mesti ada yang terlintas pada perkara2 tak elok yang macam selalu kita tengok kat berita and rancangan 999 tu kan? Kan?... Tapi kat Arokaya Health Centre takde benda2 macam tu ye. Harap Maklum! Customer yang datang diberi persalinan baju dan seluar. Massager pun lengkap pakaiannya :p Satu lagi, lelaki akan di massage oleh lelaki, begitulah sebaliknya. Diorang tak pakai sebarang oil massage, cuma sedikit minyak panas....dalam jumlah yg sangat lah sedikit. Tapi syok wooooo...bila dia stretching kan tangan kita, pastu dia tolak2 kaki ke atas. Prakk..prakkk jugak bunyi pinggang aku bila dia stretching kan ke kiri dan ke kanan. Hahaha...banyak angin youuuuu.. Pendek kata, sape yang nak massage tapi tak tahan sakit tu, ni ler tempatnya. Percayalah memang best! Harga? Untuk full body massage yang aku buat tu... 1hour, RM48!! What do you expect?!? Ok la tu kan....



Get Together + Makan-Makan

Malam tadi lepak2 with my lovely friend, Kak Temah Gojes (bukan nama sebenar *wink-wink) kat Satay Station, Ampang Waterfront. Menu? Dah kata Satay Station....confirm la order sate kan?.. Kitorang lepak2 sambil pekena sate ayam, mee rebus dan orange juice. Gempak siot sate kat sini! Aku memang sangat2 recommend la kat sape2 yang teringin nak makan sate selain sate kat Kajang nun. Kitorang order sate ayam je...takut nak makan sate daging sebab masih dalam proses men'slim'kan badan. Konon!! hahahaha... Tapi ni nak cerita... sate ayam dia memang marvelous!!! Memang thumbs up lah!!! Isi ayamnya very lembut gitu...and juicy je.. Hah!!!!!!!!! jangan lupa, isi dia lebih besar dari sate2 kat tempat lain tu. Betulllllll tak tipuuuuu... Perghhh!! Malatop Kak Temah oiiiii... Mee rebus dia pun harus cuba, kuah dia sedap hingga titisan yang terakhir, cewahhhh.. ;) Cuma, tak berapa nak kena tekak sebab tak pedas je. Tak reti2? Pandai2 la mintak cili padi... Orange juice dia pun....pure ko!!! Terbaik dari ladang... Yang tetambah best lagi tu...sambil makan2...sambil gossip2 (hehehehe) haaaa...pengunjung dihiburkan pulak dengan alunan muzik dan nyanyian lagu2 tradisional dari kumpulan muzik (dari mana tah, aku pun tak tau....sorry! heeeee)

 Tak sempat nak amik gambar pun hari tu. Gambar ni dari http://abeginningoflife.blospot.com

Terbaik wok!! pun bukan dari camera aku. Credit to kaklia-kalia.blogspot.com

Memang puas hati la Kak Som oiii... Berbaloi ler dengan regenya :) Tapi rasanya lagi best kalau diorang tutup lewat sikit kot... Pukul 12malam diorang dah sibuk nak tutup Satay Station tu. Walhal kitorang punya sesi get together plus gossip menggosip tak habis lagi. Heeeee...

Saturday, December 03, 2011

Setia Pada Abang Hans???


Dalam pada ramai orang sibuk2 nak tengok Aaron Aziz dan Ombak Rindu, aku pulak nak tengok Hans Isaac dan Misteri Jalan Lama. Setia pada Abang Hans lah konon. So, sebab takde kawan yang free nak joint aku, aku proceed je sorang2. Apadehallll.... Maka, Sabtu 3 Disember 2011 berangkatlah aku menuju TGV Jucso Cheras Selatan. Oleh kerana aku sampai awal dari masa tayangan, dan orang semua sibuk nak tengok Ombak Rindu je....maka, banyak lah seat2 yang kosong. Dapatlah aku seat belakang and kat tengah2 plak tu. Kira strategik lah konon seat aku tu. Lepas aku kehulu kehilir dalam Jusco tu, tepat waktu tayangan, aku pun check-in. Penuh jugak lah panggung tu. Aku rasa, mana yang tak dapat tiket Ombak Rindu beralih ke Misteri Jalan Lama kot....hehehe jahat tol firasat aku! 

Mula2 cerita ni start....ok lah..tak sabar nak tunggu next...and next...and next. Bila dah nak tengah2 tayangan aku mula cakap kat diri aku..."Citer apa yang aku tengok ni?" Heeeeeee..confuse mak, nak!!! Makin lama aku makin confuse. Macam cerita purba pun ada. Macam tengok cerita Ultraman masa aku kecik2 dulu pun ada gak. Mungkin terlalu banyak teknik CGI kot. Entahlah...aku agak la. Dah nak dekat2 penghujung movie, aku hampir2 nak angkat punggung, tapi tak jadi. Panggung tiba2 jadi gamat riuh rendah. Bukan sebab cerita Misteri Jalan Lama tu. Tapi sebab, ada seorang adik kecil ni (mungkin 4 atau 5 tahun kot umur dia) dengan lantangnya tiba2 nyanyi….

*ooooohhh…oooooo
Baby, baby, baby ooo
Like baby, baby, baby oohhhhh*

Lagu Justin Bieber, Baby. Sekuat-kuatnya dan selantang-lantangnya. Hahaha...aku agak budak tu bosan ya amat dah kot. Hehhehe... Tapi takde sape marah. Even, satu panggung gelak! So sweet budak tu... Haihhh memang tak boleh lupa la kat budak pompuan kecik yang comel tu. :)

Siapa2 dah lupa lagu tu, silakan dengar…. ;)

 

Wednesday, November 02, 2011

Marah


Jangan marah2 ok... Shenyummmmmm :) Jom layan kuliah ilmiah Ustaz Kazim ni. Renung2kan dan selamat beramallllllll....



Sunday, October 30, 2011

Labbaik Allahumma Labbaik

Diam tak diam dah 25 hari akak aku berada di Tanah Suci mengerjakan Rukun Islam ke-5 iaitu ibadah haji. Dah 25 hari jugak la aku kat rumah dia tolong tengok-tengokkan anak dia yang lima orang ni. Penat wooooo...ulang alik Shah Alam ke tempat kerja aku kat KL. Hari-hari hadap traffic jam!

cantik kan view dalam pic ni...credit to tuan punya, tak tau sape punya pic ni :p

Cakap pasal traffic jam, aku rasa 1 hari aku habiskan 4 jam atas jalan raya, 2 jam masa nak ke office, 2 jam lagi masa balik. 1 hari 4 jam, kalau 16 hari (tolak Sabtu and Ahad tak kerja) maknanya aku dah habiskan masa 64 jam atas jalan raya. Masya Allah betapa waste nya jadi orang yang bekerja di Kuala Lumpur yang hectic! Benda paling teman tak gemor nak tekan clutch pedal banyak-banyak kali. Huuuuuu........sabarlah Sabariah.

O my Lord, here I am at Your service, here I am.
There is no partner with You,
here I am.
Truly the praise
and the provisions are Yours,
and so is the dominion and sovereignty.
There is no partner with You.
 
 
aku datang memenuhi panggilan-Mu,
Ya Allah! aku datang memenuhi panggilan-Mu..
aku datang memenuhi panggilan-Mu,
(Tuhan) yang tidak ada sekutu bagi-Mu,
aku datang memenuhi panggilan-Mu
Sesungguhnya segala pujian,
nikmat dan kekuasaan adalah kepunyaan-Mu,
tidak ada sekutu bagi-Mu…


Thursday, July 21, 2011

Wehhh, Stress Ke???



Wehhh, korang ada baca tak baru2 ni Nielsen Company ada buat satu survey, katanya Malaysia di tangga ke 16 dalam kedudukan wanita stress di dunia. Dalam kajian tu lagi katanya…'katanya' lah kan wanita di negara India mengungguli carta dengan peratusan tertinggi sebanyak 87%. Gila stress Minachi2 kat India tu ye… nape ler gamaknya ye? Entah2 dema pi survey kat pompuan2 yang stress je, yang tak stress tak survey, ate mana tak tingginya peratusan tu. Walau apa pun, tu semua survey aje, tak semestinya tak tepat deknonnnn…

Tapi teman rasa ler kan, macamana ler tak stress.. ce nengok aje ler lifestyle wanita hari ini kat Malaysia ni ha.. Pepagi sesubuh-subuhnya dah bangun, (solat subuh tak yah dipertikai la ye…tu tanggungjawab sbg umat tu!) kelentang-kelentung numbuk cili nak buat sarapan nasi goreng untuk keluarga. Time ni laki dok berdengkur lagi kot…. Kalau tak, baguslah. Lepas tu kang, nak urus anak2 pulak. Nak kejut bangun tidur, nak kerah suh mandi, nak ketuk suh cepat pakai baju sekolah, nak suh dema sarapan cepat2 kang tertinggei bas sekolah, nak sapu rumah, nak kemas rumah pulak lagi, nak jemur kain lagi, nak siapkan diri sendiri lagi…jap gi pukul 9 nak masuk keje. Eh, laki buat apa ye time bini busy giler babas pepagi hari? Hape? Baca surat khabar? Atoiiiiiiiiiyaiiiiiiiii…mana tak stress??????     

Keluar je rumah dah nak kena ngadap traffic jam! “Jalan kat Kolumpo tu Yeop, kalo boleh Pah Bedah nak pasang kepak kat pintu kereta”. Gitu lah kannnn…. Sampai je kat opis kang, boss nak itu lah...boss nak ini lah, tak menyempat2. Boss kata nak document itu-ini urgently. Bila dah buat, tak payah pulak katanya. Esok-lusa pun takpe katanya. Stress tak? Cukup bulan kalau gomen 22, 23 haribulan dah gaji, tapi sebab company tu swasta kena tunggu 31 haribulan. Dibuatnya pulak company tu adalah Sewel Taiknologi Sdn Bhd, patut2 gaji bulan 6 dapat 30 Jun, tup-tup-tap-tep…sampai ke 21 haribulan Julai pun tak dapat2. Menganga la makan angin je. Pasir pun dah rasa serunding. Boss pulak tak muncul2 kat pintu opis. Nak-nak pulak dah dekat bulan puasa. Masa ni ler terbayang belanja untuk raya nanti. Memang la laki ada sama-sama bekerja, tapi cukup ke? Terbayang jugak la muka mak-bapak kat kampung yang duk tunggu duit belanja dema, walaupun sebenarnya dema idak ler mengharap pun.Tak stress ke???

Teman rasa itu antara ‘sekuman’ sebab wanita Malaysia ni stress.  Tapi, teman rasa ler…kita ni sebagai umatNya, tak payah nak layan sangat la stress tu. Cuba wat derkkkk je…sambil2 tu zikir banyak2. Teman pun tengah praktikkan ni. Teman tengah wat derkk je ni. Eh, teman stress ke ni???




sumber : http://business.blogs.cnn.com/2011/07/12/where-do-the-world%E2%80%99s-most-stressed-women-live/

Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji

Company tempat aku kerja ni baru je nak masuk 5 tahun beroperasi. Staff kat dalam ni dah tanya bila boleh buat Potongan gaji untuk bayar zak...