Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Wehhh, Stress Ke???



Wehhh, korang ada baca tak baru2 ni Nielsen Company ada buat satu survey, katanya Malaysia di tangga ke 16 dalam kedudukan wanita stress di dunia. Dalam kajian tu lagi katanya…'katanya' lah kan wanita di negara India mengungguli carta dengan peratusan tertinggi sebanyak 87%. Gila stress Minachi2 kat India tu ye… nape ler gamaknya ye? Entah2 dema pi survey kat pompuan2 yang stress je, yang tak stress tak survey, ate mana tak tingginya peratusan tu. Walau apa pun, tu semua survey aje, tak semestinya tak tepat deknonnnn…

Tapi teman rasa ler kan, macamana ler tak stress.. ce nengok aje ler lifestyle wanita hari ini kat Malaysia ni ha.. Pepagi sesubuh-subuhnya dah bangun, (solat subuh tak yah dipertikai la ye…tu tanggungjawab sbg umat tu!) kelentang-kelentung numbuk cili nak buat sarapan nasi goreng untuk keluarga. Time ni laki dok berdengkur lagi kot…. Kalau tak, baguslah. Lepas tu kang, nak urus anak2 pulak. Nak kejut bangun tidur, nak kerah suh mandi, nak ketuk suh cepat pakai baju sekolah, nak suh dema sarapan cepat2 kang tertinggei bas sekolah, nak sapu rumah, nak kemas rumah pulak lagi, nak jemur kain lagi, nak siapkan diri sendiri lagi…jap gi pukul 9 nak masuk keje. Eh, laki buat apa ye time bini busy giler babas pepagi hari? Hape? Baca surat khabar? Atoiiiiiiiiiyaiiiiiiiii…mana tak stress??????     

Keluar je rumah dah nak kena ngadap traffic jam! “Jalan kat Kolumpo tu Yeop, kalo boleh Pah Bedah nak pasang kepak kat pintu kereta”. Gitu lah kannnn…. Sampai je kat opis kang, boss nak itu lah...boss nak ini lah, tak menyempat2. Boss kata nak document itu-ini urgently. Bila dah buat, tak payah pulak katanya. Esok-lusa pun takpe katanya. Stress tak? Cukup bulan kalau gomen 22, 23 haribulan dah gaji, tapi sebab company tu swasta kena tunggu 31 haribulan. Dibuatnya pulak company tu adalah Sewel Taiknologi Sdn Bhd, patut2 gaji bulan 6 dapat 30 Jun, tup-tup-tap-tep…sampai ke 21 haribulan Julai pun tak dapat2. Menganga la makan angin je. Pasir pun dah rasa serunding. Boss pulak tak muncul2 kat pintu opis. Nak-nak pulak dah dekat bulan puasa. Masa ni ler terbayang belanja untuk raya nanti. Memang la laki ada sama-sama bekerja, tapi cukup ke? Terbayang jugak la muka mak-bapak kat kampung yang duk tunggu duit belanja dema, walaupun sebenarnya dema idak ler mengharap pun.Tak stress ke???

Teman rasa itu antara ‘sekuman’ sebab wanita Malaysia ni stress.  Tapi, teman rasa ler…kita ni sebagai umatNya, tak payah nak layan sangat la stress tu. Cuba wat derkkkk je…sambil2 tu zikir banyak2. Teman pun tengah praktikkan ni. Teman tengah wat derkk je ni. Eh, teman stress ke ni???




sumber : http://business.blogs.cnn.com/2011/07/12/where-do-the-world%E2%80%99s-most-stressed-women-live/

Monday, July 11, 2011

Berbaloi Penat Lelah Ku... by Wardina Safiyyah

Dear Mama, Ummi, Mum,  Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) I selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah  bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) Kalau dia tinggal -  DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because  the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

** i took that picture of Amna praying from my table, dia sendiri bangun solat Isyak...without even bothering me..berbunga hati seorang ibu....

credit to http://www.facebook.com/WardinaSafiyyah at

http://www.facebook.com/note.php?note_id=146059882124782
  

Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji

Company tempat aku kerja ni baru je nak masuk 5 tahun beroperasi. Staff kat dalam ni dah tanya bila boleh buat Potongan gaji untuk bayar zak...