Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Sunday, November 10, 2013

Cucur Maggi dan Tepung Magik


Salam.

Ekoran posting aku yg lepas, Alhamdulillah takde kejadian dapur meletup atau kuali, periuk belanga melayang. Hahaaha.. Kiranya selamat la kalau menggunakan Tepung Magik ni di dapur-dapur anda. Mula-mula aku ingat nak test goreng ayam dengan Tepung Magik tu. Tapi stok ayam dah kehabisan pulak dalam peti ais. Jadi makanya aku try buat cucur maggi cicah dengan sos cili. 

Dan hasilnyaaaaaa.....


Ni dia.... memperkenalkannnnn Cucur Maggi! Nak resipi sila follow FB Page: Jom Masak! - simple n yummy. Layan gak makan cucur maggi ni di kala hujan di petang hari. Ada pulak teh o panas secangkir. Ewahhhh...tak toleh kiri kanan dah... :)


Thursday, October 31, 2013

Tepung Magik


Salam.

Hah, ni nak cerita-ceriti sikit. Ada satu website ni dia jual produk-produk Islami secara online. Good alternative for muslimin and muslimat nak dapatkan pakaian ataupun aksesori ataupun bahan bacaan untuk diri sendiri or anak-anak waima produk makanan sekalipun. Dah tentu2 lah halal kannnnn.... Apa yang penting? ONLINE. Macam free promotion je nih! haha...
 
Korang check this out na ====>>    Zenia Online Hub 

Aku ada beli satu produk dia ni... Produknya ialah....



Tadaaaaa..... Tepung Magik! Taste of magik, gituuu..


Magik ke tak magik....tunggu aku try dulu na.... Murah je seploh hengget ringgit campur postage 6 ringgit. Aku ada dok berkenan ngan Marshmallow shawl dia tu... Ke sebab model dia cun???? ke sebab nama dia sedap???  hahaha..tengoklah cemana nanti.

Ok, nak pi try guna Tepung Magik ni. Nanti aku citer apa terjadi ye...kot2 la meletup kebabom pulak dapur aku nanti. Ishk.... نعوذ بالله من ذلك

Daaaaaa.....

Monday, February 25, 2013

Get Together - Rumah Amal Buah Hatiku

Salam.

Rumah anak yatim, fakir miskin dan asnaf bukan lah tempat lepak2 paling best dalam dunia. Tapi tempat ni la best kalau nak lepak. Eh? Macam sama je ayat aku ni... Semalam (24th Feb 2013) punya get together kat Rumah Amal Buah Hatiku sangat marbeles! Sejuk hati tengok budak2 comel ni dengan baju kurung diorang, yang lelaki berbaju melayu. Siap dengan tudung n songkok. Terima kasih kat Yani coz ada ingat jugak nak ajak aku n IH joint majlis yang plan asalnya adalah reunion classmate korang....Kan? Kan?

Aku rasa idea ko buat get-together dengan anak2 kat rumah amal ni really superb! Ye lah, daripada menghabiskan duit buat kat hotel atau restoran....yang dapatnya makan2 n borak2 je laaaa Kak Temah oiiii, sambil tayang2 baju cantik. Semoga keringat dan usaha keras Yani diberkati Allah swt. Segala-galanya dia buat. Dari kerja kumpul dana, arrange katering, buat goodie bags, arrange si badut segala, waima layan tetamu sekali….macam2 lah lagi… Memang salute kat kawan aku sorang ni.

Masa baru sampai kat rumah amal pagi tu, aku dah feeling2 syok sebab nampak kanopi putih-biru. Hehe...pantang la nampak kaler biru! Al-kebetulan aku pun pakai baju rona putih-biru gak. Wahhh...ada theme gitu! Hahaaa... Lagi feeling tengok kawan2 Yani yang supportive tu. Tambah feeling tengok menu untuk lunch. Nasi tomato, sambal ayam, daging masak kurma, acar rampai, kuih muih, kek....banyak betoiiiii!!!! Super special hoccayyyyy coz lunch dengan adik2 RABH! Hehehehe... Semua sedap2 lak belako tuh. Sambil suap Adibah (salah sorang adik kat RABH ni), suap sekali mulut aku. Hahahaha... Lebur lunyai diet den!

Teringat masa kecik2 dulu ustaz kata, Rasulullah menyuruh seorang yang sedang berpuasa sunat supaya berbuka. Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu.” Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya, “Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu.”(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Rezeki kurniaan Allah, so jangan ngengada nak tolak! Kang kecik hati pulak tuan rumah. Dalam kes ni Yani and the geng lah tuan rumahnya. Ok dah...dah!! 

Aku super feeling bila tengok adik2 comel kat Rumah Amal ni. Alalalaaaaa...comel betul budak2 tu. Ish tak tau nak cakap cemana. Kenit2 je aku tengok. Hasan, Atikah, Adibah...dan paling aku ingat...Kusam! :) Budak2 kat rumah ni ada 26 orang dengan 3 orang tenaga pengajar/pengasuh. Rasa nak culik sorang bawak balik. Ish, astaghfirullah. Tak elok tu!

Majlis hari tu dimulakan dengan bacaan Yasin. Moga dapat barakahNya. Amin. Pagi tu diorang ada sesi gunting rambut, patut kepala botak je budak2 lelakinya...hahahaha

Banyak kannnnnn..... Nasi tomato dengan segala lauk pauk. Makan pulak dengan anak2 kat Rumah Amal Buah Hatiku. Syukur nikmat rezeki kurniaanNya.

Sebahagian buah tangan yang di bawa oleh tetamu untuk penghuni Rumah Amal Buah Hatiku.

Ada yang bawa kek...banyak! Murah rezeki yang membawa jugak!

Allah Selamatkan Kamu dan semuanya. Amin.

Bubu The Clown jadi tumpuan. Selagi tak dapat takmo lari.....hahaha...

Kena sakat ngan Bubu...hehehe..

Wajah2 comel ni berusia 2 hingga 6 tahun. Tu Kusam! Yang ke-4 dari kiri. Tengok dia senyum.... Sayu kan? Pandai diorang bawak diri. Tapi kadang2 tarik2 rambut jugak. Dah namanya budak kannnn ;)

Ni bilik diorang. Kongsi ramai2. Tilam kat lantai je. Banyak lagi benda nak kena touch-up ni.

Hah! memang tak cukup almari nak letak pakaian budak2 tu. Aku kat rumah pun ada 3 almari. Tu untuk aku sorang je tu. Pun tak cukup2 gak lagi tu. Huuuuuu....

Ni bahagian dapur. Baru lepas renovate kalau tak silap. Alhamdulillah ada yang sudi membantu.
Serius cakap ni, Rumah Amal ni perlukan bantuan moral, fizikal dan spiritual untuk penghuninya. Kalau siapa2 berminat nak buat amal jariah sila contact Rumah Amal Buah Hatiku kat sini

Credit pic to Maryani.

Saturday, December 10, 2011

Get Together + Makan-Makan

Malam tadi lepak2 with my lovely friend, Kak Temah Gojes (bukan nama sebenar *wink-wink) kat Satay Station, Ampang Waterfront. Menu? Dah kata Satay Station....confirm la order sate kan?.. Kitorang lepak2 sambil pekena sate ayam, mee rebus dan orange juice. Gempak siot sate kat sini! Aku memang sangat2 recommend la kat sape2 yang teringin nak makan sate selain sate kat Kajang nun. Kitorang order sate ayam je...takut nak makan sate daging sebab masih dalam proses men'slim'kan badan. Konon!! hahahaha... Tapi ni nak cerita... sate ayam dia memang marvelous!!! Memang thumbs up lah!!! Isi ayamnya very lembut gitu...and juicy je.. Hah!!!!!!!!! jangan lupa, isi dia lebih besar dari sate2 kat tempat lain tu. Betulllllll tak tipuuuuu... Perghhh!! Malatop Kak Temah oiiiii... Mee rebus dia pun harus cuba, kuah dia sedap hingga titisan yang terakhir, cewahhhh.. ;) Cuma, tak berapa nak kena tekak sebab tak pedas je. Tak reti2? Pandai2 la mintak cili padi... Orange juice dia pun....pure ko!!! Terbaik dari ladang... Yang tetambah best lagi tu...sambil makan2...sambil gossip2 (hehehehe) haaaa...pengunjung dihiburkan pulak dengan alunan muzik dan nyanyian lagu2 tradisional dari kumpulan muzik (dari mana tah, aku pun tak tau....sorry! heeeee)

 Tak sempat nak amik gambar pun hari tu. Gambar ni dari http://abeginningoflife.blospot.com

Terbaik wok!! pun bukan dari camera aku. Credit to kaklia-kalia.blogspot.com

Memang puas hati la Kak Som oiii... Berbaloi ler dengan regenya :) Tapi rasanya lagi best kalau diorang tutup lewat sikit kot... Pukul 12malam diorang dah sibuk nak tutup Satay Station tu. Walhal kitorang punya sesi get together plus gossip menggosip tak habis lagi. Heeeee...

Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji

Company tempat aku kerja ni baru je nak masuk 5 tahun beroperasi. Staff kat dalam ni dah tanya bila boleh buat Potongan gaji untuk bayar zak...