Showing posts with label stress. Show all posts
Showing posts with label stress. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

Frustration Ala-Ala Gaban

 

Memanglah belum tentu dapat keje tu. Memanglah baru panggil interview je. Tapi, tak salah kan berangan lelebih sikit. Ishhh…aku baru je nak rasa syok feeling2 gaji baru 2, 3 hari ni. Belum puas lagi nak menikmati ke’syok’kan tu tetiba tadi aku dapat phone call dari company tu. 

Ms Jasmine Chin tu kata “We are sorry to inform you that the interview would be cancelled as the management decided to re-structure the organization and we are no longer have that position. We appreciate your kind interest towards our company.” Puihhhhhh…pigi da weyyyy!!! Aku dah yo-yo-o buat preparation nak attend interview tu yang patutnya aku pi this Friday. Sehari je lagi. Dah siap hapal zikir nak masuk temuduga. Waaaaa… “Stress!!!” bak kata Gary dalam Runningman show tu. 

Aku dah siap2 berangan nak up elaun mak aku bulan2 (niat baik ni). Dah berangan2 mak aku sengih2 kat aku…huhu. Dah feeling2 jugak nak up bajet berjimba aku…(niat tak baik...hehe)  Aduhaiiii…macam nak pecah gerobok jantung aku ni. Bukan ke kalo under recommendation sepatutnya akan sukses dengan jayanya? Cemana nih? Nak kena jugak la aku interview si tukang recommend ni….to clarify! Haiiiihhhh…think positive, mesti ada hikmah ni. Mesti Allah ada plan lagi baik untuk aku. Yes! Mesti ada punya. Maka bersabarlah aku dan teruskanlah dikuli-batakkan kat company ni.  Mak pasrah, nak!!! 

pic from google
 

Wednesday, January 25, 2012

Chatting

Aku rasa dalam zaman sekarang ni rata2 semua orang pernah chatting. Kan? Kan? Tipu laaaaa kalau tak penah... Oh ya, angkatan mak aku, aku percayalah tak involved dalam benda2 chatting matting ni kan...hehehee.. 
pic dari : 10persons.blogspot.com

Ok rite....few months ago aku ada chatting dengan sorang Pak Arab dari bumi Yemen ni. At first ok-ok laaa...dia cerita sikit background dia and aku cerita teramat lah sikit pasal background aku (prevention is better than cure....kan????? heheheheeeee...) Dunia laman sesawang ni ada macam2 peel. Silap haribulan boleh memakan diri sendiri Bedah oiiiiiii.... Macam biasa la bila dah chatting matting mesti ada sesi tukar2 photo, etc. Tapi hakak wat derk jer... Sampai la one day hakak ter-online kat handphone. Kat handphone memang ada profile picture. Hakak kantoi di situ! hahahaahaaaa.. Tapi apedehal....profile pic YM cinonit je....pastu gambar jauh plak. So, tak jadi hal lah. Kira sedekah je lah kat dia....hehehee boleh gitu??? 

Bila dah tengok pic, Pak Arab ni ajak webcam pulok doh.. Lelebih la tuuuu.... Hakak memang tak gemor tahap extravaganza nak webcam-mekcam ni. Jangan harap la!!! Dek kerana akak refuse, Pak Arab ni start la merapu meraban kata hakak ni....

* tak sporting - (takdo makno eh nak sporting ngan spesis darurat tuh)
* tak ramai friends - (takkan lak aku nak buat senarai untuk dia....pellis lah!)
* lonely - (takkan lak aku nk bgtau ko...smlm aku g daki Broga, esok aku g yam cha ngan dak opis kt Jeram, tulat aku g tengok wayang ngan geng sekolah, etc.)
* tak friendly - (jumpa aku pun ko tak nak...lg mau mengata aku)
* banyak problem - (dia ingat dia psychologyst gamaknya...kekonon terror how to read me...yucksss)
* takde aktiviti - (kalau aku tunjuk schedule aku kat dia...mau dia terkejut beruk Arab aku agak..hahaha)
* bla...bla...bla... - (sukati ko la....)

Sampai kan satu tahap tu dia boleh plak buat ayat, I bet u still virgin! Kepala hotak dia berjambul nak discuss sampai dalam kain aku... Memang Pak Arab ni nak kena *starlite* ngan aku nih...

End up aku dah tak tahan asyik kena kutuk ngan dia, aku cakap kat dia yang kitorang elok buat hal memasing je la. Almaklum aku ni takde yang elok pun pada ngko. Baik ko buat hal ko, and aku dengan hal aku. Takda nya aku heran kalo ko takde dalam YM list aku tuh....

Lepas dari tu, user id YM dia aku delete, nombor fon dia aku delete. Habis lah semua contact id dia aku removed. Pueh hati den! Tapi, yang tak bestnya, sampai ke hari ni dia still sending me his words kat YM. Kadang2 ayat dia ok2... Kadang2 macam biasa la nak menyakitkan hati aku. Stress mak, nak! Betul la kata orang, orang2 Arab ni kurang ajar, kasar and agak biadab! Mungkin tak semua tapi aku dah jumpa sorang ;)

Oh ya, meh kita baca ni sebagai renungan : Hukum Chatting 

Thursday, July 21, 2011

Wehhh, Stress Ke???



Wehhh, korang ada baca tak baru2 ni Nielsen Company ada buat satu survey, katanya Malaysia di tangga ke 16 dalam kedudukan wanita stress di dunia. Dalam kajian tu lagi katanya…'katanya' lah kan wanita di negara India mengungguli carta dengan peratusan tertinggi sebanyak 87%. Gila stress Minachi2 kat India tu ye… nape ler gamaknya ye? Entah2 dema pi survey kat pompuan2 yang stress je, yang tak stress tak survey, ate mana tak tingginya peratusan tu. Walau apa pun, tu semua survey aje, tak semestinya tak tepat deknonnnn…

Tapi teman rasa ler kan, macamana ler tak stress.. ce nengok aje ler lifestyle wanita hari ini kat Malaysia ni ha.. Pepagi sesubuh-subuhnya dah bangun, (solat subuh tak yah dipertikai la ye…tu tanggungjawab sbg umat tu!) kelentang-kelentung numbuk cili nak buat sarapan nasi goreng untuk keluarga. Time ni laki dok berdengkur lagi kot…. Kalau tak, baguslah. Lepas tu kang, nak urus anak2 pulak. Nak kejut bangun tidur, nak kerah suh mandi, nak ketuk suh cepat pakai baju sekolah, nak suh dema sarapan cepat2 kang tertinggei bas sekolah, nak sapu rumah, nak kemas rumah pulak lagi, nak jemur kain lagi, nak siapkan diri sendiri lagi…jap gi pukul 9 nak masuk keje. Eh, laki buat apa ye time bini busy giler babas pepagi hari? Hape? Baca surat khabar? Atoiiiiiiiiiyaiiiiiiiii…mana tak stress??????     

Keluar je rumah dah nak kena ngadap traffic jam! “Jalan kat Kolumpo tu Yeop, kalo boleh Pah Bedah nak pasang kepak kat pintu kereta”. Gitu lah kannnn…. Sampai je kat opis kang, boss nak itu lah...boss nak ini lah, tak menyempat2. Boss kata nak document itu-ini urgently. Bila dah buat, tak payah pulak katanya. Esok-lusa pun takpe katanya. Stress tak? Cukup bulan kalau gomen 22, 23 haribulan dah gaji, tapi sebab company tu swasta kena tunggu 31 haribulan. Dibuatnya pulak company tu adalah Sewel Taiknologi Sdn Bhd, patut2 gaji bulan 6 dapat 30 Jun, tup-tup-tap-tep…sampai ke 21 haribulan Julai pun tak dapat2. Menganga la makan angin je. Pasir pun dah rasa serunding. Boss pulak tak muncul2 kat pintu opis. Nak-nak pulak dah dekat bulan puasa. Masa ni ler terbayang belanja untuk raya nanti. Memang la laki ada sama-sama bekerja, tapi cukup ke? Terbayang jugak la muka mak-bapak kat kampung yang duk tunggu duit belanja dema, walaupun sebenarnya dema idak ler mengharap pun.Tak stress ke???

Teman rasa itu antara ‘sekuman’ sebab wanita Malaysia ni stress.  Tapi, teman rasa ler…kita ni sebagai umatNya, tak payah nak layan sangat la stress tu. Cuba wat derkkkk je…sambil2 tu zikir banyak2. Teman pun tengah praktikkan ni. Teman tengah wat derkk je ni. Eh, teman stress ke ni???




sumber : http://business.blogs.cnn.com/2011/07/12/where-do-the-world%E2%80%99s-most-stressed-women-live/

Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji

Company tempat aku kerja ni baru je nak masuk 5 tahun beroperasi. Staff kat dalam ni dah tanya bila boleh buat Potongan gaji untuk bayar zak...