Saturday, January 19, 2013

3h2m Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu – Chapter 5/8

Salam.

Kitorang sampai kat KK malam tu lebih kurang pukul 8.30 malam. Lepas bersihkan diri n solat, kitorang keluar semula cari makan. Target aku malam ni ialah seafood! Tak kira apa jadi aku tetap nak dinner seafood malam ni. Kitorang menapak jalan kaki dalam 5 minit je dari hotel ke area kawasan Pasar Kraftangan. Malam2 ada jual seafood kat kawasan ni. Minah Jakarta ni order kerang yang besar2 tu sepinggan masak sambal. Chilli crab 2 ekor, tomyam semangkuk besar, kalian ikan masin, udang, sotong, tah apa tah lagi. Banyak sangat, lupa dah aku. Semua2 tu lebih kurang RM90. Mahal tak? Murah….kitorang order banyak! Jangan la buruk lantak macam tu lagi. Nafsu mata je semua tu. Bukannya habis pun.

Gambar ni je sempat snap, yang lain dalam perut! haha...

Tengah dok melayan makanan laut segar tu, PSS message and say sorry sebab tak dapat entertain kitorang. Alah apadehal…gua ok je bro! Lepas makan tu kitorang terus balik hotel. Perut dah penuh, badan dah penat, betis aku pun dah kejung dek clutch Myvi yang sangat mesra pengguna tu. Apalagi…… zzZZZZZzzzzZzZzzz je laaa… Sebelum tidur, aku sempat remind Minah Jakarta ni yang tomorrow kena siap cepat2 dan kalau boleh nak kejar bot pertama ke Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Weeeeehuuuuu…..

Day 2 - 13/01/2013

Pagi tu Minah Jakarta ni bersiap 2 jam…hmmm nak pergi island hopping je kot…. Walaupun aku dah remind awal2 maka lambat lagi lah nampaknya program hari ni bermula. Breakfast pun tak sempat. Nasiblah labuuuuuu… Sampai je di Jesselton Point, kitorang pun usha2 kaunter yang berderet jual package2 menarik untuk aktiviti laut. One thing kat Sabah ni, tourist mat saleh sangatlah ramai. Kitorang beli tiket untuk pergi 2 pulau je. Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Ikutkan aku yang entah bila lagi dapat ke Sabah ni, nak je redah 5 pulau terus. Tapi, amoi muka melayu kat kaunter tu kata, “kalau you nak pergi 5 pulau, bulih bah…tapi kena datang pagi2 tadi lagi. Kena naik bot pertama bertolak pukul 8 pagi tadi bah” huuuuuu….sadis je ayat dia. Aku tengok jam kat henfon pukul 10.30pagi. Huuuuuu lagi….

Ok, Pulau Manukan tempat pertama yang kitorang tuju brader bot rock n roll ni bawak kitorang.

Bro ni muka serius.. Tp, bila hala je kamera kat dia terus pose! hehehe... sporting derr!!

Dengan kelajuan bot yang sederhana, dalam 15 minit kitorang dah sampai. Maha suci الله yang menciptakan langit dan bumi, termasuklah Pulau Manukan ni. Cantik kata ko!!!!! Aku rasa kecik sangat masa kat tetengah laut tu. Kalau lah tetiba tsunami, mungkin aku akan tenggelam gitu je dalam laut yang saujana luas mata memandang. Hehe…tragis betul imaginasi aku. Sampai je kat pulau tu, semua orang pun tukar pakaian mandi swimming trunk and bikini. Hilang akal? Maksud aku mat2 ngan minah2 saleh tu lah…. Kitorang plak terus tuju kat kedai makan. Pekena nasi campur dulu sebab lapor pagi tadi tak breakfast. Mahal tak? Memang mahal! So, elakkan makan kat pulau. Bawak bekal lagi best. Aktiviti seterusnya ialah merendam badan dalam air je. Minah Jakarta ni takmo snorkeling, nak naik banana boat tak cukup korum pulak. So, jadi memerang je lah kitorang kat situ. Elok sangat, lepas makan duk berendam. Tau mak aku mesti kena marah….wakakaka..

Jeti ke pantai.

Jeti Pulau Manukan.

Sila baca dan fahamkan!

Awan mendung je... (aku mai Sabah at wrong time la)

Minah Jakarta ni tengah merenung masa depan or, tengah plan nak balik Jakarta naik bot depan dia tu...hiks :P
...bersambung...

Friday, January 18, 2013

3h2m Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu – Chapter 4/8

Salam.

Ok2, perjalanan diteruskan lagi sampai la kat Pekan kecil Ranau. Kat sini ramai penduduk berniaga hasil tanaman macam sayur2an dan buah2an kat tepi2 jalan. Kitorang singgah sebab Minah Jakarta ni nak sangat makan durian. Pada aku, sama je kot durian Ranau ke, durian Perak ke, durian Jakarta sekalipun. Tetap rasa durian, takkan rasa apple punya… (gila kerek ayat aku). Sebenarnya, aku malas nak singgah sebab hari makin gelap. Karang usah kata lembu ala2 kat New Zealand, even rumput pun tak nampak kang. Lepas beli sebiji durian dan setengah kilo duku langsat, kitorang pun pecut ke destinasi di tuju. Kat area Ranau ni, penempatan diorang kat lereng2 bukit. Rumah diorang kebanyakannya rumah kayu je. Tapi hampir keseluruhan rumah dikelilingi dengan tanaman sayur2an yang segar bugar. Bahagian depan rumah pulak ceria dengan pokok2 bunga aneka warna dan cantik2 youuuuuuukaler ungu, hijau, merah, oren….ish2 macam2 kaler. Semua pokok2 bunga diorang subur2 I tell you!

Cantik!

Cuaca dah mula nak gelap. Kabus pun tebal.

Kawasan kat sini berbukit curam, nasib baiklah aku rent Myvi, kalau kelisa aku yang kat rumah tu mau tercungap2 nak naik kot. Minah Jakarta sebelah aku ni memanjang cuak takut aku tak lepas bukit2 tu. Hahaha…takkan la tak lepas kot… الله adalah sebaik2 penolong. Kan dah doa masa masuk dalam kereta tadi. Tu lah istimewanya orang Islam. Hehe…konfiden? Of course aku konfiden denganNya. Hari makin kelam, kaki makin sakit gara2 pedal clutch Myvi ni keras sesangat. “Brader US, pi la lembutkan sikit clutch ni, sakit woooo kaki aku!” Akhirnya kitorang sampai ke destinasi dituju. Desa Cattle Dairy Farm. Memang luas tempat ni. Tapiiiiiii seperti yang aku dah agak dari awal, usah kata lembu, rumput pun tak nampak dah kaler apa. Dah malam laaaaa….tempat tu dah tutup. Melepas aku nak pose maut ngan lelembu tu semua. Siapakah yang patut dipersalahkan? Jawapannya ialah PSS! Har! Har! Har! (keluar lagi gelak jahat Nordin Ahmad aku). Oh, by the way, aku tetap bersyukur. So, lepas ni kalau ada rezeki ke sana at least aku dah tau jalan. Lalalalalaaaaa….(sedapkan hati sendiri).

Balik dari Desa Cattle Dairy Farm, kitorang singgah beli air mineral basahkan tekak kat pekan Ranau tadi and turn back ke KK. Bermulalah pengalaman mencabar pertama kali dalam hidup aku memandu sejauh 3 jam dengan takde lampu jalan. Dengan cuaca berkabus dan gelap. Dengan jalan banyak selekoh tajam. Dengan banyaknya lori waktu malam. Dengan ada roadblock lagi. Siap kena tahan and kena interview lagi dengan Abang2 Polis tu. Perghhhh!!!! Gamble giler! Macam takkan buat lagi la aku niiii... Hahaha…. Taubat nasuha tu tak la…tapi, tau la buat! Kuikuikui… Aku pun tak tau pasai pa ada roadblock. Aku tanya PSS, dia kata mungkin ada kes. Lagipun tu kawasan sempadan dengan Filipina, so roadblock memang selalu ada. Ok got it!


...bersambung... 


Thursday, January 17, 2013

3h2m Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu – Chapter 3/8

Salam.

Sepanjang perjalanan aku ke Kundasang yang sangatlah jauh tu, aku menempuh pengalaman yang teramatlah syioknya. Panorama sangatlah cantik dengan cuaca sangatlah nyaman. Ada satu tahap, kitorang tutup aircond, and bukak tingkap kereta, sejuk siot! Marbeles ciptaan الله kat sana. Aku rasa macam takmo balik KL dah! *over!

Kabus menyelubungi. Sejuk dan damai...

Kucen ni takmo lari. Sabor la aku.
On the way sebelum sampai Kundasang (KK ke Kundasang lebih kurang 3 jam untuk orang yang tak berapa tau jalan macam aku), kitorang singgah kat Kinabalu Park (link). Minah Jakarta ni cuak semacam. Dia ingat aku nak ajak dia panjat Gunung Kinabalu tu. Wakaka…hilang akal aku nak mendaki dengan jeans di waktu sore macam tu. Cuaca sangat kelam coz kitorang sampai kat kaki gunung dah almost pukul 4.30pm. Hari pun dah start nak gelap dah. Kabus toksah cerita la…..tebal! Patut bawak sweater tu. Sejuk youuuuuu…kabus2 gitu! Orang Jakarta kata, kabut. Mula2 kitorang amik2 gambar kat pintu gerbang je. Lepas tu, berkat aku senyum2 kat sorang mamat ni (senyum itu sedekah! Haha), Mamat ni suggest kitorang masuk further up lagi. Kat dalam tu ada semacam rumah tinjau yang ada beranda luas. Kat situ lah kalau nak ambil gambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang Subhanالله, saujana mata memandang. Tapi masa kitorang kat sana, rasa macam lost ada gak. Hahaha…mana taknya, kabus tebal sangat, snap gambar pun nampak background kabus je…. Tak nampak apa pun, jauh sekali la nak nampak Gunung Kinabalu tu. Tu namanya apa? Takde rezeki…… *sila la pasrah. Kitorang tak lama kat sini, sebab hari dah makin gelap. Aku cuak jugak nak drive kat tempat orang bila dah gelap2 ni.

Entrance sebelum masuk ke kaki Gunung Kinabalu. Abaikan manusia2 tersebut.

Masa ni baru pukul 4 lebih je.. kabus tebai tol. Gelap. Abaikan jugak wanita jelita itu.

Turun dari kaki Gunung Kinabalu, perjalanan diteruskan lagi. Cuaca makin lama makin sejuk. Kabus pun makin tebal. Kali ni kitorang melalui kawasan yang menghijau a.k.a hutan. Hahaha… Tapi, tak risau sangat sebab kereta banyak lalu lalang. Sepanjang perjalanan tu, sambil aku melayan keindahan ciptaan tuhan di kiri kanan jalan, Minah Jakarta sorang ni duk melayan bijik mata. Hahahaa…penat ke? Tiba2 aku nampak orang ramai kat stall tetepi jalan.
Tak tau jual apa. Yang pasti jual makanan. Something like daging bakar ke hape tah. Berasap2. Aromanya mak aiiii menusuk ke hidung aku. Selang beberapa meter perjalanan, ada lagi gerai macam tu. Lepas tu ada lagi dan lagi dan lagi. Setiap gerai yang aku jumpa tu ada signboard “Sinalau Bakas”. Al-kisah menurut kata kawan aku PSS, Sinalau Bakas tu adalah………daging khinzir salai. Mak aiiiii…nasib baik la aku tak joint semangkuk kat salah satu gerai tu. Sekali khinzir salai daaaa… 

...bersambung...

 

Wednesday, January 16, 2013

3h2m Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu – Chapter 2/8

After few minute duduk kaku dalam perut kapal yang pandai terbang tu, cik peramugari pun hidangkan breakfast. Nasi lomak dengan sambal udang! Uihhh boleh tahan sodap! Sila jangan nikmati menu ni bersama orange juice. Mau pitam kang. Lebih kurang pukul 10am pilot (type pilot je terus teringat Adam Mukhriz – Adam & Hawa…. Hawau tol!!!) pun mendaratkan kitorang kat KKIA dengan jayanya.

Membiru je Negeri Di Bawah Bayu ni dari atas.


Plan A, owner kereta sewa (Brader US) akan send kereta dia kat KKIA tu jugak. So, dari sana aku terus je drive ke hotel. Tapi, oleh kerana aku terlebih cerdik pi suruh owner kereta hantar je kat hotel petang karang, tu pun sebab gatai duk berjanji ngan sorang kawan kat KK (PSS) tu untuk fetch kitorang (plan B la konon)… yang akhirnya dia tak muncul2. Makanya, naik cab je le kitorang ke hotel. Dari KKIA ke Regency Hotel, RM30 hengget! Ish, 10 minit je kot.


View dari bilik hotel. Dekat kanopi yang ada bot tu la kitorang pekena seafood.


Sampai kat hotel, sepatutnya kitorang kena siap2 ke Kundasang. And kalau ikut plan asal jugak, PSS janji nak drivekan kitorang ke sana. Sekali dapat message katanya dia tak free. An emergency case! Whatever! Kalau nak ber'holiday' kita kena ada plan A, B, C....Z. Oleh kerana dia lambat bagitau, kitorang dah waste time about 2 to 5 hours. Woooo...5 jam tu patutnya kitorang dah balik pun dari kundasang! Apesal aku teruja sangat nak gi Kundasang? Sebab aku rasa Kundasang cantik sangat! (Tu baru tengok gambar kat internet je dah rasa cantik). Serious beb... Lepas dah jejak kaki kat sana, confirmed cantik sangat! (Perasaan kembang kuncup berbunga2 macam orang tengah berchenta). Pikir punya pikir, aku call Brader US minta dia hantar kereta sewa tu kat hotel lepas zuhor. Dia pulak kata kereta ada orang pakai masa tu. So, kitorang kena la tunggu lagi 1 jam. Ni semua gara2 plan B yang spoilt lagi menyepoilkan tu. Huh! Lebih kurang pukul 3pm baru kitorang dapat kereta Myvi tu. Boleh la drift ke Kundasang. Tapi, erkkkkk...Brader US ni minta tolong hantarkan dia ke airport pulak dulu. Ikut niat jahat nak suruh dia naik teksi je. Dah la aku kejar masa ni. Lambat pi Kundasang tu kang hari gelap susah plak nak jalan. Maklum la Sabah ni...pukul 6.30pm dah macam pukul 8 malam kat Semenanjung. Haihhhh...pasrah je la aku kannnn... Lepas hantar Brader US tu, kitorang pun straight ke Kundasang, berpandukan google map yang aku dah print siap2 dan sikit penerangan dari Brader US.

Dari KK kitorang drive straight cari Jalan menghala ke Inanam, lepas tu straight lagi cari signboard ke Tuaran. Dari Tuaran follow pulak signboard Tamparuli (teringat plak lagu jambatan Tamparuli kan? Kan? Kan?). Then Ranau and terus ke Kundasang.

Dalam perjalanan ni mula2 kitorang jumpa Rumah Terbalik, nak singgah takut tak sempat pulak nak ke Kundasang. So, kitorang “Hai2 Bye2” je dulu Rumah Terbalik tu. Balik dari Kundasang nanti baru singgah. Tu pun kalau sempat….kaedahnya! Target kitorang hari tu ialah Desa Cattle Dairy Farm. Kobar2 nak tengok lembu! Wakakaka…. Tak lah! Kobar2 nak feeling2 macam kat New Zealand lah. Itulah yang ramai orang bagitau.

...bersambung...

 

Tuesday, January 15, 2013

3h2m Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu – Chapter 1/8


3H2M ke Kota Kinabalu. Aku memang tak pernah fly. Tak pernah langsung! Tak tau langsung apa procedurenya. Tak tau apa yang boleh dan apa yang tak boleh. First time nih. I was so excited!!!!! Walaupunnnn..penerbangan  domestik je.. ke Kota Kinabalu, Sabah je. Banyak jugak research yang aku buat. Check internet, tanya kawan2...etc.

The 1st step yang aku buat dan aku rasa patut dibuat dek semua orang yang nak travel is.....buat research apa tempat menarik yang ada kat sana. Apa makanan, lifestyle kat sana, harga hotel, harga air tix, kereta sewa, aktiviti apa nak buat, berapa entrance fee dan apa berapa kos nak shopping kat sana. Serius, memang kena buat semua tu. Paling mencabar, holiday ni aku pi dengan kawan dari Jakarta. So, dah la 1st time fly, 1st time ke KK and at the same time kena lak jadi pemandu pelancong bawak Minah Jakarta sorang ni. Haiyoooo...very interesting cum pening!

Dua tiga hari sebelum berangkat aku dah siap2kan luggage aku. Siap pinjam luggage lock dari boss aku. Haaa...baik kan boss aku?!?. Sila la lock luggage dan segala beg. Bukan apa, beringat sebelum terkena. Kena apa? Apa2 je la yang mendatangkan kemudaratan. Kereta sewa pun aku dah arrange kan. RM80 sehari. Mahal tak? Ok kot... Myvi manual.

Jumaat malam lepas kerja aku terus ke KLIA, jemput Minah Jakarta ni. Nearly 11pm jugak la baru dia sampai. Dari KLIA terus bawak dia check-in kat rumah aku. Hehe.. Check-in with no charges ok! Banyak makanan ringan dia bawak untuk mak. Walhal mak aku bukan layan sangat junk food ni. Tapi orang berbudi kita berbahasa, gituuu.. Aku tak layan banyak dia malam tu. Haha..kalau aku layan mau tak tidur sampai pagi. Sampai rumah je dah pukul 1 pagi. Kang pukul 3 dah kena bangun, siap2.. Flight ke KK pukul 7.30pagi. Dapat la aku tidur 2 jam malam tu. Oleh kerana kitorang bangun pepagi buta..supaya tak lewat sebab nak kena cari parking segala, so kitorang decide breakfast kat KFC airport je. Aku decide parking je kereta kat airport tu.. 3H2M jugak la kereta aku check in kat situ. Masa nak keluar bayar kat mesin, RM150 lebih kurang, aku pun dah lupa. Agak pitam jugak la aku tengok amount tu. Haha… Lepas check-in baggage n solat, terus pi cari kopi panas. Punya la ramai Bangla kat airport hari tu. Mana la gamaknya diorang nak pi.

Day 1 – 12/1/2013
Ok, ini pengalaman pertama... Check-in, masuk boarding, tunggu nak masuk dalam sayap (sebab seat aku kat sayap). Hahaha.. Teruja gila! Masa taip ni pun keterujaan tu masih ada (poyo tak hengat!!!!). Sampai kat dalam perut kapal terbang tu, aku duduk sebelah Minah Jakarta ni...(Aiseh dia tak kasik can aku duk sebelah tingkap...) Dengan lagak poyo aku, duduk je terus keluarkan kamera! Minah tu mesti nyampah je ngan gelagat aku amik gambar sana sini ngalahkan paparazi. Har!har!har!...(Gelak Nordin Ahmad) ada aku kesah?!?!

Ni diaaaaa...gambar pertama yang aku hamekkkk... 

7.30pagi dari KLIA
 ...bersambung... 


Wednesday, November 28, 2012

Frustration Ala-Ala Gaban

 

Memanglah belum tentu dapat keje tu. Memanglah baru panggil interview je. Tapi, tak salah kan berangan lelebih sikit. Ishhh…aku baru je nak rasa syok feeling2 gaji baru 2, 3 hari ni. Belum puas lagi nak menikmati ke’syok’kan tu tetiba tadi aku dapat phone call dari company tu. 

Ms Jasmine Chin tu kata “We are sorry to inform you that the interview would be cancelled as the management decided to re-structure the organization and we are no longer have that position. We appreciate your kind interest towards our company.” Puihhhhhh…pigi da weyyyy!!! Aku dah yo-yo-o buat preparation nak attend interview tu yang patutnya aku pi this Friday. Sehari je lagi. Dah siap hapal zikir nak masuk temuduga. Waaaaa… “Stress!!!” bak kata Gary dalam Runningman show tu. 

Aku dah siap2 berangan nak up elaun mak aku bulan2 (niat baik ni). Dah berangan2 mak aku sengih2 kat aku…huhu. Dah feeling2 jugak nak up bajet berjimba aku…(niat tak baik...hehe)  Aduhaiiii…macam nak pecah gerobok jantung aku ni. Bukan ke kalo under recommendation sepatutnya akan sukses dengan jayanya? Cemana nih? Nak kena jugak la aku interview si tukang recommend ni….to clarify! Haiiiihhhh…think positive, mesti ada hikmah ni. Mesti Allah ada plan lagi baik untuk aku. Yes! Mesti ada punya. Maka bersabarlah aku dan teruskanlah dikuli-batakkan kat company ni.  Mak pasrah, nak!!! 

pic from google
 

Sunday, May 20, 2012

My First Attempt











Akak bz hari ni dik.. First time nak belajor mem'baking' kek. Bukan sebarang kek...Ice cream cake lg Dik Non... Haaaa jangan memain. Kelas sepatutnya start pukul 10.30am. Tapi seawal 10.20am aku dah terpacak depan umah si Ellie ni. Orang pertama lak tu yang sampai. Berkobar-kobar semangat juang aku. Tak pernah lagi baking-membaking cake ni. Entah jadi ke tak la kek aiskrim aku kang. Aku risau kek jadi tapi aiskrim lak tak rupa aiskrim kang. 

Aku tengok pintu rumah dah terbuka luas tapi takde sorang pun yang sampai lagi. Aku stay je dulu dalam kereta. Observe muka-muka student yang bakal masuk rumah tu..hehe. Sebenarnya aku malu2 meowww nak masuk sesorang. Ada la dalam 10 minit menunggu, baru lah sorang....sorang student kelas kek ni sampai. Sorang pun aku tak kenal...hahaha.. 

Kelas bermula sedikit lewat. Selepas memperkenalkan diri, cikgu kek ni menerangkan jenis2 peralatan dan bahan2 yang diperlukan. Gitu kannn...mukadimah la kiranya. Lepas dah buat dan bakar adunan kek, tibalah masa untuk aiskrim!!!!! (Yeayyyyy!!!!...seronoknya hati aku) Woooo...actually senang banget buat aiskrim ni. Hehehe... Bangga Kak Temah, Jah oiiiiii.... Pasni boleh la buat kek aiskrim aneka perisa gituuuu... Konon lah kannnn... Kot2 lepas kelas ni...resipi pun hilang entah ke mana...heheeee. Lepas kelas aku membawa pulang sebiji aiskrim kek buatan tangan aku sendiri. 

Ini dia, tadaaaaaa... 

 
Takde la lawa mana pun...as a first attempt...ok la kottt..hehehe.. ;)

Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji

Company tempat aku kerja ni baru je nak masuk 5 tahun beroperasi. Staff kat dalam ni dah tanya bila boleh buat Potongan gaji untuk bayar zak...