Monday, July 11, 2011
Friday, July 01, 2011
Novel Kehidupan
Sampai saja di rumah selewat 6.45petang, aku bergegas membersihkan diri. Blackberry curve yg baru beberapa hari kumiliki, malah masih merangkak2 menggunakan application2 yang ada di dalamnya, aku matikan untuk mengecas baterinya. Dengan badan yang lesu aku ke dapur mencari sesuatu untuk mengalas perut yang kosong. Setelah dua bulan melalui proses recovery from operation, aku selalu berasa pening dan nak muntah. Doktor kata tak ada apa yang perlu dirisaukan, hanya perubahan hormon yang biasa. Keadaan ini memaksa aku untuk tidak skip makan. Selesai makan malam dan solat maghrib, aku menghidupkan kembali talian handphone. Khidmat pesanan ringkas masuk bertubi-tubi. Perkhabaran yang sangat memualkan namun sebenarnya tidaklah memeranjatkan.
Tabahlah sahabat! Kau, aku dan kita semua sedang diuji yang maha esa. Percayalah ujian ini bakal mematangkan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi yang hanya pinjaman ini. Kadang-kadang aku simpati. Simpati pada hamba Allah akhir zaman yang sanggup memperjudikan kehidupan yang hakiki atas dasar mengejar segala kemewahan. Sanggup meletak harga diri di bawah tapak kaki yang memijak segala najis kehidupan. Menjejak si al-Kafirun, yang tempatnya sudah pun pasti di neraka jahanam. Manusia yang lahir dengan memegang nama sebagai keturunan Bani Adam ni, tidakkah berasa malu? Mungkin manusia seperti ini mahu RSVP ke neraka untuk turut bersama al-Kafirun bila tiba masanya nanti. Hidup senang mati bersama hingga ke neraka, mungkin itulah pegangannya. Lantang bercakap tentang dosa dan pahala persis baru tamat pengajian tahfiz, lagaknya. Manusia yang sanggup menggadai maruah demi kerana wang ringgit, yang memijak agama kerana pangkat. Terlalu jauh terleka dibuai permainan duniawi.
Aku teringat kata-kata seorang sahabat yang turut menjadi subjek untuk mainan manusia yang tidak berjiwa ini, "Tin kosong kalau diketuk memang berdengung kuat tapi bunyinya langsung tak sedap didengar. Tapi, kalau tin kosong berisi setengah air, lagi sedap bunyinya sebab ada second sound effect". Hari ini, kau betray anak bangsa kau sendiri, kau tindas dengan alasan kau punya kuasa, kau perlekehkan saudara se-Islam kau. Ya, mungkin benar, ramai umat Islam masa kini yang Islam kerana keturunan, bukan Islam pada cara hidup dan pegangan. Tapi kau jangan lupa, what goes around comes around. Percaya pada Qada' dan Qadar. Zahirnya kau manusia yang kelihatan sangat berkuasa, sehingga 'gajah besar' mampu kau lapah.
Namun, kau mungkin alpa atau kau memang tidak pernah tahu, bahawa Allah berada sangat hampir dengan manusia. “Dan apabila manusia bertanya tentang Ku (Allah) maka sesungguhnya Aku (Allah) dekat/hampir dengannya”. Tidak cukup itu “Dan Aku (Allah) lebih hampir dari urat saraf halkum seseorang”. Aku berdoa moga satu hari nanti kau diberi petunjuk dan hidayah agar hari2 yang bakal kau lalui tidak sekelam hati kau yg makin mati.
Aku menghela nafas panjang sambil Blackberry ku matikan sekali lagi. Termenung sejenak, aku bertafakur moga Allah, ampuni aku, kita semua dan juga dia, hambaNya yang sangat berdosa. Amin ya rabbal alamin.
Tuesday, June 28, 2011
Bulan Kepasrahan Dan Surat Untuk Boss
Macam-macam jadi bulan ni. Bukan la salah bulan pun. Dah benda nak happen, so aku kepasrahan dalam keterpaksaan. Bermula dengan macam2 working matters terjadi kat office. Lepas tu ditambah pulak incident2 yang 'owh what the fish!!!'.
Spek mata aku jatuh dalam lubang jamban...ieewwwwww!! Pastu handbag pulak koyak. Selang beberapa hari, tali kasut pulak putus...cet! Hari Ahad lepas pi amik handphone baru, ada pulak defect kat handphone tu...hawau tol!! Nak hantar untuk repair, dia kata after a month baru siap. Walaweiiii...terputus la hubungan aku ngan duniawi nanti. Pikiaq punya pikiaq punya pikiaq, since warranty dia setahun, aku pasrah je lah. Pakai je la dulu. Lagipun hati meloncat2 nak pakai handphone baru...wahhhhh!!! Alang2 nak hantar repair baik aku jahanamkan betul2 dulu kan? Mana la tau, untung sabut timbul...dapat new set! Auwwww...
gambar sekadar hiasan.
Dear Boss,With regarding to the above statement, would appreciate if you could release my salary earlier than usual. It will be additional great if you give me 30% salary increment starting from this month period (see I don't ask too many, boss). Other than that, as you may aware, I had bought a new handphone. It will be glad if you could consider to provide me with the phone allowance. As I am very considerate person, RM150/month would be fine.
Boss, thank you in advance for your kind consideration and your co-operation is highly appreciated!
Luv,-The most 'hardworking cum trustworthy' staff-
Sunday, June 26, 2011
Dari Congkak ke Bowling
My fren MB, Sepatutnya aku heading ke rumah hang pagi tadi. Nak main bowling kat Alamanda lah konon. Asyik main congkak je, nak gak merasa jadi Shalin Zulkifli...ecewahhh... Tapi kan... nasib baik aku call hang dulu. Aku dah agak, Penolong Pengarah macam hang ni selalu je on call. Busy ngalahkan PM Bangladesh. Takpe la babe, hang kaya nanti jangan lupa kawan2 na....
Dek kerana hang busy sesangat, aku pun beralih arah ke Shah Alam. Target aku nak ke Jakel je, cuci2 mata, selain nak update fabrik apa yang tengah in-trend. Hmmmm...aku hanya mampu merancang namun Allah jua yang menentukannya...(heeeee...macam kes berat pulak ye?).
Sampai je kat Seksyen 7, jiwa aku tetiba rasa nak culik anak2 akak aku yang memang stay kat Shah Alam ni, bawak gi Plaza Alam Sentral. Suka terkinja2 bebudak tu bila aku kata nak belanja diorang main bowling. Dengan lagak ala2 pro giler, sebenarnya tak! aku tunjuk macam2 skill. Termasuk lah skill bola bowling ke belakang…adessss!!! sekali dia u-turn daaaaa… Huh! Gelak hentak2 kaki bebudak tu kat aku. Tapi, jangan pandang aku takde mata ye…walaupun aku hanyalah champion main congkak je masa kecik2 dulu, tapi aku berjaya jugak strike sekali tadi!…woot..woot..wahahahahahaaaa.. Bertambah besar gelak aku, bila score aku yang paling tinggi, wahai budak2...hahaha…kesiaannnnnnnnnnn…
Anyway, seronok bila tengok orang lain seronok. Tambah seronok orang itu adalah anak2 buah aku. Alhamdulillah. Life is beautiful… :)
Friday, June 24, 2011
Aku Masih Di Sini
Fuhh...fuhhhhh...hish banyak nyer habuk...
Hah!!!! Akhirnya hari ini (24.06.2011 / 22 Rejab 1432H - Jumaat) aku kembali bersidang.... Setelah sekian lama, hati aku kembali ke dunia blogging. Walaupun dulu baru je berjinak2 merpati, baru nak bertatih tapi dah terhenti seketika.
Tapi selepas muhasabah diri yang agak munasabah lamaaaaaaaanyaaaaa...sekarang aku kembali dengan semangat baru yang taklah membara sangat.
Semoga hari2 yang bakal aku lalui akan lebih bermakna buat semua orang disekeliling aku.
Amin Ya-Rabb.
Friday, May 27, 2011
Kalau Allah Itu Wujud, Di Mana Dia?
Aku pernah diajukan dengan soalan di atas kira2 setahun yang lepas. Oleh kerana aku takut tersalah explain yg akan menyebabkan lain pulak yang dia paham kang...so, aku pun ajukan ke ruangan kemusykilan agama. Dan...setahun ++ baru dapat jawapan balas. Hehehe tak kisah lah...biar lambat dari langsung tak berjawab.. Tak gitu?
Soalan
Assalamualaikum.
Baru2 ini saya di tanya "kalau Allah itu wujud, dimana Dia?"
Benarkah yg saya baca bahawa Allah berada di atas langit ke tujuh di atas arasynya?
Jawapan
Allah wujud dan pasti meyakini tentang kewujudannya. Kewujudannya tidak bertempat, termasuk di arasy (tempat yang tinggi bukan di langit yang ketujuh) sebagaimana firmannya yang bermaksud "Allah berada di atas arasy (tempat yang tinggi, ayat ini ialah ayat mutashabihah). Allah juga berada hampir dengan manusia sebagaimana firmannya yang bermaksud :
"Dan apabila manusia bertanya tentang Ku (Allah) maka sesungguhnya Aku (Allah) dekat/hampir dengannya"
Maksud ayat yang lain pula Allah berfirman yang bermaksud :
"Dan Aku lebih hampir dari urat saraf halkum seseorang"
Terima kasih, Ustaz...
gambar suka2 je ni...takde kena mengena ngan posting. Credit pada tuan gambar, tak tau sape ;)
Ni link nya:
Monday, February 14, 2011
Aku Tak Celebrate Valentine Sebab...
Sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari 'Valentine' pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Dalam sambutan itu, mereka mengorbankan anjing dan kambing betina, kemudian darahnya dilumur pada tubuh dua orang pemuda. Tubuh yang berlumuran darah itu dibasuh pula dengan susu sebelum diarak ke tengah-tengah Kota Rom.
Ketika perarakan berlangsung, pemuda itu memegang kulit anjing dan kambing betina yang masih berdarah dan memalit darah berkenaan kepada sesiapa saja yang mereka jumpa. Gadis-gadis Rom amat gembira jika mereka dipalit darah oleh pemuda terbabit, kerana mereka percaya darah itu dapat menghalang mereka daripada menjadi mandul.
'Valentine' adalah paderi paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Paderi besar Pope. Ada beberapa kisah mengaitkan paderi Valentine ini dengan sambutan Hari 'Valentine'. Antaranya ialah paderi itu orang penting ditugaskan menjatuhkan Kerajaan Islam Cordova, Sepanyol.
Jasanya adalah sesuatu yang tidak boleh dilupakan dan sangat bermakna. Sehubungan itu, tarikh 14 Februari diputuskan sebagai cuti umum untuk merayakan kemenangan pada setiap tahun. Hal ini juga sebagai cara untuk mengenang semua jasa paderi Valentine itu dalam usahanya untuk menjatuhkan Islam.
Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita wajib menghindari daripada mengamalkan budaya menyambut Hari Valentine. Ini kerana ia jelas bertentangan dengan syariat Islam selain dikhuatiri boleh menjejaskan akidah dan keimanan kita. Ingatlah, kesucian Islam akan dapat dipertahankan selagi umat Islam berpegang kuat dengan akidah Islam.
Article : credit to mStar Online.
Picture : credit to http://salafyinblog.blogspot.com/2011/02/inilah-dosa-dosa-ber-valentine-ustadz.html
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji
Company tempat aku kerja ni baru je nak masuk 5 tahun beroperasi. Staff kat dalam ni dah tanya bila boleh buat Potongan gaji untuk bayar zak...
-
Company tempat aku kerja ni baru je nak masuk 5 tahun beroperasi. Staff kat dalam ni dah tanya bila boleh buat Potongan gaji untuk bayar zak...
-
Salam. 2pagi? Tido lagi sedap kot. Kaki aku penat woh drive pergi balik Kundasang tadi. Kereta manual dengan clutch keras la katakan...
-
Suatu petang aku duk scroll scroll punya scroll instagram, maka terpautlah aku kat satu ig pasal pemakaian braces atau dimelayukan sebagai ...


