Saturday, January 01, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Happy New Year 2011 !
Buat apa je hari ni?? Aku takde aktiviti best pun.. Pagi tadi makeover bilik tidur bior ada semangat sikit nak tempuh tahun baru ni...hehe. Harap ler semangat terus membara sampai ke hujung tahun, itupun kalo panjang umur ler... ;)


siap letak bunga besor lg...mcm bilik perantin lak..haha tak penah dlm bilik ada munge...

Pas ngemas memana patut, duk layan ler blog ni plak. Sebelum tu bagai nak giler gak mencari password blog aku nih..haha punye ler lama dah tak update. Bersawang2 dah ni...huhu. Dema2 tu ber'camping' kat kebun... Apa nk buat lepas ni aku pun tak tau... Habis dah aku cuci langsir2 sume, clorox'kan telekung...siap mop2 lantai lagik...hakhak.. Kalo ada mak aku ada kat umah, takde nyer aku rajin cenggitu...angin pus2 aku ni..hehe.. Moga tahun 2011 menjadi titik tolak untuk sebuah permulaan yang baik dalam hidup aku dan semua khalifahNya di muka bumi ini.. Amin.

Sunday, May 30, 2010

Baju Baru

Walaupun raya lambat lagi, lebih kurang 3 bulan lagi. Puasa pun belum lagi. Tapi hari ni aku beli baju baruuuuuu....baju kurung! hhehehe... Excited semacam jer bila dapat baju baru. Ngalahkan time kecik2 dulu. Asal raya je beli baju baru, kaler lak nak terang2 jer. Bior nampak ceria gitu! Pastu, kalo tak bawak tido memang x sah. Sok pagi2, pas mandi jer mesti nak try lagi baju or kasut baru tu..try lagi dan lagi dan lagi sampai ler menjelang 1 Syawal. Hehehe...dah besau pun excited ni kan pulak time kecik2.



Dah besau panjang ni selalunya tak excited sangat bab2 baju untuk raya. Tapi paling excited bila dapat jemputan kahwin dari kengkawan. Time ni ler rasa nak melaram habissss! Saja ler nak bagi penampilan tu nampak ‘Vogue De Vass’...cewah! Kalo nak di'compare' ngan zaman comot masa sekolah dulu...adehaiiii cumel banget :P. Next week ada wedding invitation yang perlu dipenuhi. Walimatul-urus tu kan wajib dihadiri. Seperti kat dalam kebanyakan kad jemputan kahwin diorang mesti letak ungkapan cemni…”semoga dengan kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis kami”. So, atas pengharapan itu lah aku take initiative to buy a new baju kurung. Kompom meriah and ceria la majlis tu nanti…hehehehe (tetiba...).

Punya ler beriya aku mencari baju kurung tu tadi. Mana tak nya, banyak kedai baju yang dah ketandusan baju kurung tradisional. Mungkin sekarang trend baju kurung modern kot. Baju kurung riau ada la…berlambak di sana sini. Aku takmo dah pesen nih! (aku nak memartabatkan balik the real traditional baju kurung ever). Kebanyakan kedai kalo ada jual baju kurung pun, mesti yang hak teluih dan jarang. Eishhh…kalo lagu tu nak kena la plak beli inner. Tu yang malas tuh! Pilih punya pilih, dari Carrefour Ampang ke Ampang Point berakhir kat Plaza Masalam, baru ler mendapat apa yang dihajati. Sakit tumit kaki aku…tapi takpe ler…berbaloi2. Baju kurung cotton viscose kini tersidai megah (cuci lu baru leh pkai) kat hanger! Memalam ni jugak aku cuci, tak dan dah nak tunggu siang. Kuikuikui…SS!




baju kurung fabrik cotton viscose kaler peach :) lalalala..






Thursday, May 13, 2010

Seharian Ngan Doktor Khadijah

Semalam (eh salah, dulu semalam...) pagi2 lg aku dah bersiap2 ke HKD. Apppointment jam 10 pagi. Pukul 9 pagi keluar rumah, pukul 9.40 sampai. Jalan sesak sikit, kalau tak 9.30 pagi dah boleh sampai. Lepas segala proses registration siap, tunggu pulak angka giliran kena panggil. Nasib baik orang tak ramai. Lebih kurang pukul 11.00 pagi angka giliran 1056 pun naik. Doktor Khadijah...cantik nama tu, orangnya lagi la cantik. Sempat gak jeling kat staff tag doktor..82XXXX-XX-XXXX.. fuyyooo muda2 dah jd doktor. Doktor Khadijah sembang2 sikit ngan aku, tanya itu ini dan buat normal check-up. Doktor khadijah kata, benda ni sometimes adalah perkara biasa. Lega aku dengar. Doktor kata kena amik sample tisu (tisu kot…ntah ape kebenda saya pun tak tau lah doktor), and aku agree untuk buat semua tu petang tu jugak (susah nk dpt cuti la doktor, kita settlekan sume petang ni je lah doktor). Lepas semua procedure pertama selesai, aku gi lunch kat kantin (dah lain ar kantin korang, tak happening cam dolu2). Pukul 2 petang aku masuk balik untuk diambil sample tisu. Doktor kata, dia akan inform bila dah dapat result after a few days nanti. 8 haribulan Jun next appointment.
Harap2 semuanya elok2 belaka. Jumpa lagi Doktor Khadijah :)

Sunday, May 09, 2010

Mother's Day Kat Kebun Abah


Abah,

Hari ni Hari Ibu...omputih kata "Mother's Day". Tapi tahun ni orang takde buat pa pe pun untuk mak...hehehe actually ada beli something, tapi belum bagi lagi. Saje nak surprise kan mak...jeng! jeng! jeng!.. So, mak nye "Mother's Day" tadi kat kebun je... Lama gak ar orang tak gi kebun tu. Banyak sangat hal la bah...

Pagi tadi masa orang ngan mak sampai, budak yg potong rumput tu baru je siapkan keje dia. Alhamdulillah, bersih dah kawasan kebun tu. Cuaca lak ala2 sepoi2 bahasa, so orang pe lagi amik pencakar sampah, kaut semua daun2 kering ngan rumput2 yg dah kena potong tu. Mak lak tolong orang bakar daun2 kering menimbun tu. Kalau harapkan orang, kompom sampai petang pun tak menyala la api tuh..hehe..

Bah, orang ada buat pondok sebelah pokok cempedak. Tapi orang marah kalau orang lain cakap 'pondok' sebab orang dah declare sebagai banglo orang tuh..hehe kira orait la tu kan Bah? Banglo kecik je, leh la lepak2 lepas bermandi peluh kat kebun tu.

Pastu kan Bah, akak ada la buat kolam. Siap simen lagi..bukan kolam renang, tapi kolam nak ternak ikan tak ensem tuh (ikan keli). Malangnya, lom sempat nak masukkan air, sekali kolam pecah kena starlite ngan petir daaa...wakaka...sian tokey ikan tak jadi tuh. Tapi abang masukkan gak anak2 ikan tilapia dlm tuh. Memandangkan kolam tu 1meter je dr banglo orang, so, orang dah iktiraf kolam tu sebagai kolam ikan kap (cam org Jepun nyer tu).. lanskap tambahan untuk banglo. Gempak kan Bah? ;) Mak lak kan Bah, dia dah tanam pokok2 tebu kat tepi kolam tu..gemuk2 gak tebu2 tu Bah..


Oh ya, pokok mangga yg jahanam diperkosa dek serangga perosak kat tepi jalan tu dah orang tebang tadi Bah. Pas pokok tu berjaya orang tumbangkan, terasa diri orang ni macam Ultraman je Bah...(hehe..perasan hebat!) First time orang pegang gergaji. Ala...gergaji abah tu la, dah berkarat sebab lama tak guna, tapi condition ok lagi. Pastu dahan2 dia orang ngan mak susun2 kat jalan masuk yang kat atas tu. Kitorang nak tutup jalan yg abah selalu guna tu sebab ada orang luar masuk curi buah2an, ikan lam lombong abah pun diorang nak amik...gatai tangan tol!

Pas settle yang tu, orang continue kat pokok mangga tepi lombong tu pulak. Apasal ek Bah, pokok mangga sume kena perkosa ngan serangga perosak?. Pokok lain takde lak problem, masih suci lagi. Ingat boleh la tumpaskan dua pokok lam satu hari, sekali Long call suh balik sebab dia nak buat kenduri kesyukuran. Psssttt...Bah,...masak laksa katanya...ish...dah halfway dah, tapi takpe lah sambung minggu depan kata mak. Entah2 mak pun tak sabar nak makan laksa kot Bah...hehehe.

So, Insya Allah minggu depan orang settlekan yang sepokok lg tu. Moga2 cuaca pun ok lah minggu depan.



Rindu Abah...wassalam.

Saturday, May 08, 2010

Blog Dan Kenduri Kahwin

Blog aku nih cam wujud x wujud je...hahaha...ada orang kesah?? Macam dah terlupa aku ada blog..hari ni tetiba rasa cam ada rindu sama ini blog...huhu. Mungkin jugak aku ni tak patut ada blog kot. Hmmmm....

Malam yg bingit dah berlalu, kul 2.30 pagi baru dapat tidur...karaoke sakan diorang. Macam2 lagu ada...rock, dangdut, balada, lagu 60-an lagi lah wajib ada... Kadang2 aku pun tak paham, pesal asal kenduri kawin je mesti ada benda2 cenggitu? Buat je berzanji ngan marhaban tak leh ke? Tak pun nasyid sakan...haaaa orait apa.. ;) 
ni angel dr umah aku...tu ler bunga penanggah yg aku dpt...pesal x 10 hengget?...kan best.

Siang ni diorg sambung melalak lg..tapi tak kisah lah...siang2 orait je.. Sambil layan suara sumbangsih diorang, aku join makcik2 depan umah potong buah oren my favourite. Tetiba tuan umah bagi bunga penanggah kat aku...hahaha..kelakar lak aku rasa... potong oren pun dapat bunga penanggah. Tapi banyak au...2 bakul tuh..peluh2 gak ah...cewah!.. Kalau dah kenduri depan umah, ngan umah2 aku skali cam umah pengantin. Tapi takpe, syiok nengok orang ramai2, gelak geli, suka suki...meriah sungguh! Selamat menerima double menantu ye Cik Rubi n Cik Mus... :)



Suasana majlis...tema purple gitu.. I like the cakes.. :)


Tuesday, January 13, 2009

Azam ?

Tahun baru, azam pun baru (orang kata). Tapi aku…hari2 berazam. Azam aku hari ni nak menulis kat blog ni. Esok lusa tak tentu lagi aku dapat update blog ni. Macam chipsmore…”kejap ada..kejap tak ada” tapi selalunya takde ….hahaha mengong.

Hari ke 13 tahun 2009, takde perubahan apa2 lagi dlm hidup aku. Life aku still lagi macam tahun lepas, kerja aku pun still mcm tahun lepas (harap2 la dpt tukar bos tahun ni…bos lelaki yg hensem). Kawan opis pun still macam last year (bos kata, this year ada economy crisis, so…recruitment sume kena freeze…) hmmm…whatever la boss!!



So, kengkawan ku sume…sabor je ler ye. Keje banyak ye? Buat je ler slagi terdaya…sok lusa kalau dah tak berdaya…tender je ler love letter kt dlm drawer tu… ;)

Mgkin tahun2 lepas aku takde azam, tapi lepas taip entry perenggan ke dua tu…tetiba aku berazam tahun ni…aku nk stabil kan poket aku….huh taip nyer senang…nk merealisasikan nyer….tuhan je la yg tau..goodluck to myself…hahaha mengong lg aku ni..

Friday, June 13, 2008

REALITI HIDUP


Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat..
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat,
kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,
sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat,
orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat,
orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,
orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat,
tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat...
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat' .
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat,
jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)

Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji

Company tempat aku kerja ni baru je nak masuk 5 tahun beroperasi. Staff kat dalam ni dah tanya bila boleh buat Potongan gaji untuk bayar zak...