Monday, March 06, 2023

Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji

Company tempat aku kerja ni baru je nak masuk 5 tahun beroperasi. Staff kat dalam ni dah tanya bila boleh buat Potongan gaji untuk bayar zakat pendapatan.

 

So, masuk je tahun 2023 ni, aku pun mula la explore website MAIWP untuk dapatkan info. Aku harap dapatlah start buat potongan mulai payroll bulan Januari. So, hujung tahun nanti cantik sikit EA Form nak proses untuk staff company ni.

 

Lepas submit semua staff application kat MAIWP dan diorang pun dah dapat email approval, barulah aku submit company registration. Online application je, senang! Klik Borang Potongan Gaji Online untuk register Potongan gaji.

 

Screen keluar ghoper ini Yeop.

1.       Pilih Jenis Permohonan – aku pilih ‘Baru / Pindah Majikan / Tukar Negeri Berkhidmat’ sebab ni first time register.

2.       Sektor Pekerjaan – Company aku kerja ni syarikat Swasta

3.       Isi Maklumat Peribadi Staff korang.

4.       Pastu Klik ‘SETERUSNYA’

Lepas tu kat next screen ni kena isi Alamat Tempat Bertugas, Potongan Gaji dan Alamat Surat Menyurat. Ni semua sebenarnya staff kat company korang boleh buat permohonan sendiri. Isi sendiri la maknanya.

Tapi aku merajinkan diri sebab tunggu diorang buat kang, tak tau zaman bila baru settle.

Lepas tu klik la ‘SETERUSNYA’ dan sudahkanlah every page sampai ko kena klik button ‘SELESAI’. Pastu dia akan mintak confirmation macam kat bawah ni. Kalau dah yakin klik je la button ‘HANTAR’ tu.


Ok, nak dapatkan jumlah zakat untuk Potongan gaji ni boleh kira kat Kalkulator Zakat Pendapatan. Tak perlu detail sangat.

 

1.       Tahun / Haul

2.       Jenis Kiraan – aku pilih Tanpa Tolakan

3.       Jenis Pendapatan – aku pilih bulanan

 

Itu sahaja info yang aku masukkan. Kalau tak sure macamana nak kira boleh tengok Manual Pengiraan. Tengok red circle dalam screen bawah.


So kat bawah screen ni nanti akan auto calculate amount Potongan zakat tu. Amount ni lah yang aku masukkan untuk Potongan gaji diorang nanti.

 

Oh ya lepas submit Borang Potongan Gaji Online tu, aku dapat email dari MAIWP menyatakan permohonan aku berjaya dan bagi aku manual step-by-step cara buat bayaran dan link payment.

 

Disebabkan aku lewat nak bayar Januari, gara-gara management aku la lambat betholllll nak bagi approval, Office MAIWP terus call aku tanya ok tak prosesnya, ada problem ke tak.

 

Dengan tersipu-sipunya aku bagitau, management company suruh start bayar untuk payroll bulan Februari nanti. Syukur la orang MAIWP ni faham. Kalau idok, dah aku nak kena push boss aku pulak. Memang idok ler aku nak paksa-paksa boss ni.

 

Oh ya, untuk para HR pastikan staff agree dengan jumlah Potongan tu baru proceed ya. Kang tak memasal jadi kes potong gaji tanpa kebenaran pulak kang. Cannot like that ok!

 

Ok lah, selamat menunaikan zakat hakak ucapkan.




 



 



Tuesday, January 25, 2022

Aku sahaja yang betul. Betul ke?

Dalam hidup ni kan ada perkara yang kita tak boleh nak kontrol pun. Eh salah, bukan tak boleh, tapi tak perlu kontrol pun. Contohnya, kau tak pernah buang sampah keluar dari tingkap kereta, tapi orang lain selamba badak je buat benda yang kau tak suka tu. 

Atau, kau dah sapu sampah tahap paling bersih habis segala celah kerusi and every corner kau korek supaya hasilnya tip top di mata kau. Tapi, bila adik kau yang sapu, ala kadar je tak capai standard kau sampai kau confuse dia ni sapu sampah ke sapu angin?

Pernah kan rasa cemtu?

Dulu aku sangat particular and perfectionist sampai mempersoalkan kalau aku boleh buat the best kenapa kau tak boleh? Tapi lama-lama aku sedar, aku tak boleh expect semua orang buat sama standard level yang macam aku harapkan.

Kenapa?

Sebab, manusia dilahirkan berbeza-beza. Berbeza dari segi pendidikan, pergaulan, latar belakang, dan banyak faktor lagi.

So, the conclusion is don't let yourself stressful with unnecessary and uncontrollable issues. Do the best of yourself, smile, and move on. 

Sunday, April 15, 2018

Aku Si Gigi Besi - 2nd Visit

1st April 2018 adalah follow up aku dengan dentist. Memandangkan hari tu hari Ahad, dentist si cantik manis tu tak kerja. Doktor lain yang on duty. Appointment hari ni adalah untuk scalling, buat mould gigi dan pasang separator.

Mula-mula doktor buat scalling gigi. Ini pengalaman biasa kot untuk aku dan kebanyakan orang, sebab at least setahun sekali dua aku memang akan buat scalling ni. Cuma, aku pesan kat doktor, ada kemungkinan aku akan ada rasa nak batuk sebab bangun pagi tadi tekak dah rasa perit lain macam. Doktor pesan angkat tangan kiri kalau aku rasa nak batuk, ngilu dan sebagainya. Tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar. 

Habis scalling doktor bagitau dan explain process untuk mould gigi. Aku kena nganga, doktor masukkan acuan logam kat dalam mulut then dia masukkan pulak benda liquid apa tah kaler hijau dalam mulut aku. Doktor pesan suruh relax dan bernafas ikut hidung. Takde la sakit pun cuma aku risau tetiba tekak nak batuk pulak kang! Niaya ngan aku ngan doktor tu sekali kang.... mana tau kot menyembur pulak mould liquid dalam mulut aku tu... huhu.. Tapi Alhamdulillah, after lebih kurang 20 seconds doktor dah dapat mould gigi aku. Buruk weiiii nasib baik takde gambar haha..

Next step doktor pasangkan 8pcs of separator kat celah gigi geraham aku. 2 kat geraham kanan belah atas, 2 kat kiri. 2 kat geraham kanan belah bawah dan 2 lagi kat bawah kiri.

Sumber: Google.com

Apa benda separator ni? Separator ni getah yang dipasang untuk membentuk ruang supaya senang nak pasang molar band bila datang next appointment nanti. Sakit tak? Masa pasang tak sakit. Cuma aku rasa macam makan daging pastu terselit celah gigi. Gituuuuu.... Tapi lepas 2, 3 hari aku dah rasa macam nak makan apa pun kena kunyah very the sopan like a princess ya know. Hahahaha padan lah muka aku!.

Ok 10 April 2018, next appointment aku untuk bukak separator dan pasang braces. See ya! 

Friday, April 13, 2018

Aku Si Gigi Besi

Suatu petang aku duk scroll scroll punya scroll instagram, maka terpautlah aku kat satu ig pasal pemakaian braces atau dimelayukan sebagai pendakap gigi. 

Sebenaqnya lama dah aku mikirkan pasal braces ni. Cuma, tak pasti keperluannya pada aku dan kesengsaraan poket yang bakal dihadapi. Tapi dalam masa yang sama aku memang perlukan jugak. Tapi kenapa dah tua2 bangka umuq dah masuk 4 series baru nak buat? Selama ni ok je pun ko mengunyah makan melantak bagai kak oiiiii.. Memang lah sebab selama ni kumpul dana. La ni baru kecukupan. Tu yang lewat sikit. Better late than never orang kampung kata kannn...

Maka, dipendekkan ceritera 24 March 2018 aku pun pi la visit dentist aku kat Cheras. Bukan main redah je ye, dah call up set appointment dulu ngan staff klinik tu. 

Gambar sumber dari Google. 

Ok 1st visit aku dengan doktor si cantik manis ni berjalan lancar dan muhibah. Eh muhibah? Errr maksud aku best la sebab doktor ni friendly orangnya. Dia check godek2 gigi aku. Advise aku apa perlu buat;
1. Takde gigi yang kena cabut
2. Kena X-ray dulu untuk pastikan takde gigi yang tersembunyi
3. Set appointment for next visit.
4. Tamat, dan sila bayar RM10 sahaja untuk consultation fee hari itu.

Oleh kerana dentist aku ni tak buat x-ray, dia suggest aku pi kat another clinic just nearby.. So dah alang-alang kat situ aku terus je la pi klinik tu pulak. Luckily clinic tu belum ada patient. So, aku terus masuk and staff terus buat x-ray gigi aku. Lepas dapat result terus aku pi submit x-ray tu (cd tau bukan film) kat klinik gigi tadi. Ok, damage cost untuk x-ray RM165. Ini harga sebab referred dari klinik gigi tu. Kalau tak lagi maheiii la Jah oiiii..

Worait, nanti sambung ke next appointment which is on 1st April 2018. Huh April Fool ke tu? Tak kan doktor kan... kan... kan.. 

Sunday, November 10, 2013

Cucur Maggi dan Tepung Magik


Salam.

Ekoran posting aku yg lepas, Alhamdulillah takde kejadian dapur meletup atau kuali, periuk belanga melayang. Hahaaha.. Kiranya selamat la kalau menggunakan Tepung Magik ni di dapur-dapur anda. Mula-mula aku ingat nak test goreng ayam dengan Tepung Magik tu. Tapi stok ayam dah kehabisan pulak dalam peti ais. Jadi makanya aku try buat cucur maggi cicah dengan sos cili. 

Dan hasilnyaaaaaa.....


Ni dia.... memperkenalkannnnn Cucur Maggi! Nak resipi sila follow FB Page: Jom Masak! - simple n yummy. Layan gak makan cucur maggi ni di kala hujan di petang hari. Ada pulak teh o panas secangkir. Ewahhhh...tak toleh kiri kanan dah... :)


Thursday, October 31, 2013

Tepung Magik


Salam.

Hah, ni nak cerita-ceriti sikit. Ada satu website ni dia jual produk-produk Islami secara online. Good alternative for muslimin and muslimat nak dapatkan pakaian ataupun aksesori ataupun bahan bacaan untuk diri sendiri or anak-anak waima produk makanan sekalipun. Dah tentu2 lah halal kannnnn.... Apa yang penting? ONLINE. Macam free promotion je nih! haha...
 
Korang check this out na ====>>    Zenia Online Hub 

Aku ada beli satu produk dia ni... Produknya ialah....



Tadaaaaa..... Tepung Magik! Taste of magik, gituuu..


Magik ke tak magik....tunggu aku try dulu na.... Murah je seploh hengget ringgit campur postage 6 ringgit. Aku ada dok berkenan ngan Marshmallow shawl dia tu... Ke sebab model dia cun???? ke sebab nama dia sedap???  hahaha..tengoklah cemana nanti.

Ok, nak pi try guna Tepung Magik ni. Nanti aku citer apa terjadi ye...kot2 la meletup kebabom pulak dapur aku nanti. Ishk.... نعوذ بالله من ذلك

Daaaaaa.....

Friday, March 01, 2013

Ikhlaslah Hati

Salam.

Alhamdulillah, kenyang layan semangkuk soto jauuuuuhhhh dari rumah jiran sebelah...hehe. Sambil2 tu mata layan Halaqah - Wahai Jiwa Yang Tenang. Tiba2 dapat call dari one of my buddies.

Selalu jugak kita dating, selalu jugak bersosial kt laman sosial tapi jarang kan kita hello2?. Tu lah kan beb, revolusi zaman. Sekarang orang main WhatsApp, bbm je. Sms pun dah kurang kot.

Oh my dear friend, I can feel apa yang U luahkan kat I. Macam I ingatkan kat U masa breakfast before the event, don't expect everything gonna be very perfect. Manusia banyak rasa. Rasa dengki, rasa nak eyeshadow overshadow, rasa nak ada nama. Tapi yang rasa baik tu tak berapa nak ada. So, ikhlaskan diri U. Walaupun U terpaksa paksa untuk rasa ikhlas tu. Paksa diri untuk benda baik takpe U. Ada untungnya. Biarlah orang lain yang dapat nama, tapi idea tu tetap milik U anugerahNya. Mungkin tu jugak cara Dia nak hakis dosa2 kita. Uji dan uji. By the way, please don't give up. I know your capability and the most important thing, IKHLAS. Senang nak cakap, nak tulis... tapi susah nak buat kot. Takpe, Allah maha adil.

Oh that 'Mamat'! I tak kenal dia, so I cannot judge him. Tapi I yakin U dah cukup akil baligh untuk menilai dia ;) Dan U bukannya mumayyiz lagi untuk di gula2 atau dicoklatkan dia...hehe...

I tetap doakan U dapat yang selayaknya dari Dia. In shaa Allah, amin. 

jom baca sini: Ilham Ikhlasku
     

Monday, February 25, 2013

Get Together - Rumah Amal Buah Hatiku

Salam.

Rumah anak yatim, fakir miskin dan asnaf bukan lah tempat lepak2 paling best dalam dunia. Tapi tempat ni la best kalau nak lepak. Eh? Macam sama je ayat aku ni... Semalam (24th Feb 2013) punya get together kat Rumah Amal Buah Hatiku sangat marbeles! Sejuk hati tengok budak2 comel ni dengan baju kurung diorang, yang lelaki berbaju melayu. Siap dengan tudung n songkok. Terima kasih kat Yani coz ada ingat jugak nak ajak aku n IH joint majlis yang plan asalnya adalah reunion classmate korang....Kan? Kan?

Aku rasa idea ko buat get-together dengan anak2 kat rumah amal ni really superb! Ye lah, daripada menghabiskan duit buat kat hotel atau restoran....yang dapatnya makan2 n borak2 je laaaa Kak Temah oiiii, sambil tayang2 baju cantik. Semoga keringat dan usaha keras Yani diberkati Allah swt. Segala-galanya dia buat. Dari kerja kumpul dana, arrange katering, buat goodie bags, arrange si badut segala, waima layan tetamu sekali….macam2 lah lagi… Memang salute kat kawan aku sorang ni.

Masa baru sampai kat rumah amal pagi tu, aku dah feeling2 syok sebab nampak kanopi putih-biru. Hehe...pantang la nampak kaler biru! Al-kebetulan aku pun pakai baju rona putih-biru gak. Wahhh...ada theme gitu! Hahaaa... Lagi feeling tengok kawan2 Yani yang supportive tu. Tambah feeling tengok menu untuk lunch. Nasi tomato, sambal ayam, daging masak kurma, acar rampai, kuih muih, kek....banyak betoiiiii!!!! Super special hoccayyyyy coz lunch dengan adik2 RABH! Hehehehe... Semua sedap2 lak belako tuh. Sambil suap Adibah (salah sorang adik kat RABH ni), suap sekali mulut aku. Hahahaha... Lebur lunyai diet den!

Teringat masa kecik2 dulu ustaz kata, Rasulullah menyuruh seorang yang sedang berpuasa sunat supaya berbuka. Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu.” Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya, “Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu.”(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Rezeki kurniaan Allah, so jangan ngengada nak tolak! Kang kecik hati pulak tuan rumah. Dalam kes ni Yani and the geng lah tuan rumahnya. Ok dah...dah!! 

Aku super feeling bila tengok adik2 comel kat Rumah Amal ni. Alalalaaaaa...comel betul budak2 tu. Ish tak tau nak cakap cemana. Kenit2 je aku tengok. Hasan, Atikah, Adibah...dan paling aku ingat...Kusam! :) Budak2 kat rumah ni ada 26 orang dengan 3 orang tenaga pengajar/pengasuh. Rasa nak culik sorang bawak balik. Ish, astaghfirullah. Tak elok tu!

Majlis hari tu dimulakan dengan bacaan Yasin. Moga dapat barakahNya. Amin. Pagi tu diorang ada sesi gunting rambut, patut kepala botak je budak2 lelakinya...hahahaha

Banyak kannnnnn..... Nasi tomato dengan segala lauk pauk. Makan pulak dengan anak2 kat Rumah Amal Buah Hatiku. Syukur nikmat rezeki kurniaanNya.

Sebahagian buah tangan yang di bawa oleh tetamu untuk penghuni Rumah Amal Buah Hatiku.

Ada yang bawa kek...banyak! Murah rezeki yang membawa jugak!

Allah Selamatkan Kamu dan semuanya. Amin.

Bubu The Clown jadi tumpuan. Selagi tak dapat takmo lari.....hahaha...

Kena sakat ngan Bubu...hehehe..

Wajah2 comel ni berusia 2 hingga 6 tahun. Tu Kusam! Yang ke-4 dari kiri. Tengok dia senyum.... Sayu kan? Pandai diorang bawak diri. Tapi kadang2 tarik2 rambut jugak. Dah namanya budak kannnn ;)

Ni bilik diorang. Kongsi ramai2. Tilam kat lantai je. Banyak lagi benda nak kena touch-up ni.

Hah! memang tak cukup almari nak letak pakaian budak2 tu. Aku kat rumah pun ada 3 almari. Tu untuk aku sorang je tu. Pun tak cukup2 gak lagi tu. Huuuuuu....

Ni bahagian dapur. Baru lepas renovate kalau tak silap. Alhamdulillah ada yang sudi membantu.
Serius cakap ni, Rumah Amal ni perlukan bantuan moral, fizikal dan spiritual untuk penghuninya. Kalau siapa2 berminat nak buat amal jariah sila contact Rumah Amal Buah Hatiku kat sini

Credit pic to Maryani.

Monday, February 18, 2013

Mukjizat Bekam

Salam.

Tahukah anda apa itu bekam? Skema kemain kannn... Heeee..bekam ni kalau orang Arab, diorang kata hijamah. Pernah tak korang cuba try test? Aku pun baru je cuba benda ni last week.  Bekam ni actually tersangat la bagusnya untuk kesihatan fizikal dan spiritual. Orang Islam la terutamanya, sangat digalakkan uols buat bekam ni. At least buatlah sekali dalam seumur hidup. Gerenti tak nyesal.

Tau tak (aku tak tau sebelum ni) yang berbekam ni boleh prevent dari bermacam2 jenis penyakit, in shaa Allah. Eh, jangan tak tau Cik Temah, berbekam pun boleh mencantikkan wajah. Sape2 yang muka banyak jerawat ke, atau apa2 je yang bertepek kat muka tu try la bekam. Berbekam kat muka akan mengeluarkan darah2 kotor.  In shaa Allah, kulit lebih cantik dan sihat. Haaaaaa...nak tak?!?!   

Last week (last week la sangat...dah berbulan2 pun.. Entah2 tahun lepas. Lupa sudah...) dengan cekalnya aku pi la try bekam ni kat rumah Che Wann. Actually, dia ni junior aku masa sekolah dulu. Lepas calling2 set appointment and check address, aku sampai jugak ke rumah dia. Lepas mukadimah gitu gini ala2 kadar + gosip zaman2 sekolah, aku pun disuruh dek Wann ni pakai pakaian khas. Pakaian ala2 zaman nenek aku pi cuci kain kat tepi sungai...hehe.. Lepas massage situ sini kat bahagian nak bekam, Wann pun memulakan dengan bismillah. Dia pam cawan2 comel macam nk buat cupcake tu kat bahagian belakang badan aku. Dia pam sikit je dulu, after few second dia pam habis. Pastu dia cucuk2 dengan alat khas. Aku tak tengok pun, tapi macam jarum kot.. Tujuan cucuk ni supaya rongga kulit terbuka dan darah kotor akan keluar

Masa Wann tengah tekun cucuk2 kulit aku tu, aku sempat la interview sepatah dua kata kat Wann. Wann kata, biasanya orang akan bekam bahagian belakang badan, atas kepala (migrain), muka (jerawat), tangan (kebas) dan kaki (untuk macam2 penyakit). Kalau pesakit ada penyakit yang agak serius, darah kotor yang keluar lebih pekat dan hitam. Berbanding dengan mereka yg sihat darahnya hanya sedikit dan kemerah2an. Wann kata lagi, sesetengah orang dia akan rasa pening lepas bekam. Digalakkan minum banyak air suam dan elakkan minuman yang sejuk.

Alhamdulillah, time aku tu takde la rasa sakit kena bekam tu. Darah kotor yang berjaya disedut dek junior aku ni pun kemerah2an biasa je. Dan aku pun tak la rasa pening2 lepas tu.

Aku respect la pekerjaan yang diceburi Wann ni. Ala2 Ms Drakula gitu...tapi yang ni sedut darah orang, bukan hisap darah. Hahahhaa.. Moga Wann terus sukses dan berjaya!! Untuk info lanjut pasal bekam, contact la Che Wann kat website sinun... Mukjizat Bekam

Tuesday, January 22, 2013

3h2m Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu – Chapter 8/8

Salam.

2pagi? Tido lagi sedap kot. Kaki aku penat woh drive pergi balik Kundasang tadi. Kereta manual dengan clutch keras la katakan. Ishh..apa ni asyik merungut je! Ce bersyukur cik kak…. *الحمد لله

Day 3 – 14/01/2013

Oleh kerana, semalam nak singgah kat Rumah Terbalik tak sempat sebab balik dari Kundasang tu dah ponat ya amek! So, niat tu diteruskan hari ni. Lepas breakfast ala kadar, kitorang terus ke sana. Laju sikit hari ni sebab dah tau jalan. Tapi jalan kat Sabah ni banyak kamera, so hati2 ok! Menarik jugak Rumah Terbalik ni sebab takde lagi orang tinggal dalam rumah macam tu kot…. Kalau ada, mau jalan pun terbalik. Pening gak kepala aku tengok mesin basuh, perabot, tv, peti ais, mesin jahit….macam2 lagi lah…semua terbalik. Takde gambar nak tunjuk sebab tak boleh snap gambar dalam rumah tu. Satu jam jugak lah kitorang kat sini.

The Upside Down House of Borneo

Hujan lagi...... Camne ek? Atap kat tanah..

Minah ni tengah pilih souvenir untuk cowok kawan2...

Lepas Minah Jakarta beli souvenir, kitorang gerak ke KK. PSS pulak muncul lagi dengan kawannya belanja kitorang makan tengahari. Auwww…. Selamat poket hakak! Lepas makan Minah Jakarta ni request nak memborong cenderahati lagi kat Pasar Kraftangan. Settled semua kitorang ambik udang galah dengan ikan masin yang kitorang order malam tadi and terus ke airport walaupun sebenarnya ada lagi sejam dua sebelum flight ke KL. On the way to airport, call Brader US sebab nak return balik Myvi dia. Aku buat penyerahan kuasa kereta kat airport je.

Naik je ke boarding rupanya si PSS ni dah tunggu kat sana. Wallaaaaa…kawan aku sorang ni belikan kitorang cenderahati. Terima kasih banyak2 ya encik. Maka, pulanglah kitorang petang tu meninggalkan macam2 kenangan di Sabah Negeri Di Bawah Bayu.  

Babai Kota Kinabalu. 5.30 petang, still mendung dan hari semakin gelap.

Babai cintaku di Kinabalu. Erkkk...cintaku di Kundasang la. Suka!
Kesimpulannya, 3 hari 2 malam adalah TIDAK cukup! Hahaha… Tapi, الحمد لله aku diberi peluang dan ruang ke Sabah. Rezeki namanya tu dek Non!



- TAMAT -


Monday, January 21, 2013

3h2m Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu – Chapter 7/8


Salam.

Ngan Minah Jakarta pun bertukar tempat. Hehe ingat aku sorang je tak tahan. Brader bot tu suruh kitorang empat2 orang amik life jacket yang tergantung tu untuk tutup muka. Giler besar siot tempias hujan tu. Serius cakap, sakit giler! Kalau tak takkan brader yang 2 orang lagi tu pun beria tutup muka. Hehehee…. Kira2 15 minit gak kitorang berhadapan aksi2 mencemaskan kat tengah laut tu. Dengan ombak tinggi, awan gelap dan kilat menyambar2… Dah rasa macam nelayan di musim tengkujuh plak. Tapi, bila kenang semula….cam best plak experience tu. Haha.. Rasa proud giler sebab aku orang Islam. Aku rasa orang Islam akan lebih penghayatannya tentang ciptaan tuhan.

Saujana bumi ciptaan Allah swt.

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi الله, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa الله  ialah Tuhan Yang Maha Esa) : Al-Baqarah (22)

Sampai je kat Jesselton Point, kitorang terus heading back to hotel. Dah petang sangat masa tu. So, kitorang bersihkan diri, rehat2 kejap sementara tunggu Maghrib. Masa tu la PSS message kata nak joint dinner malam tu. Selepas solat kitorang ke Pasar Ikan Masin memborong amplang, kuih cincin dan ikan masin. Amplang dan kuih cincin adalah benda wajib dalam senarai barang yang aku kena beli. Lepas tu terus ke Pasar Kraftangan memborong cenderemata dan cenderahati sebagai buah tangan untuk insan tersayang (ayat buku teks). Apa beza cenderamata dengan cenderahati? Oh, yang memborong ialah Minah Jakarta je. Kemain banyak dia beli T-shirt gambor2 tempat menarik kat KK. Banyak kali dia offer aku tapi aku takmo. Bukan sombong, tapi memang aku takmo. Bior ler dia borong sakan untuk kengkawan dia kat Jakarta tu. Siap beli aksesori rantai, gelang dari mutiara air masin. Dia offer lagi, dan aku tolak lagi. Errr…bukan tak minat aksesori, cuma tak minat mutiara (sengih). Tapi aku tak cakap la kat dia…sebab, dia minat sangat kot... Kang kecik hati pulak kan… (sengih lagi).

credit pic dari sayamaudiet
Tengah dok melangut tengok Minah tu membelek2 mutiara ni la PSS muncul dan kitorang di bawa makan kat Pasar Filipina. Makan mee goreng je malam tu. Kat sini makanan dihidangkan dalam portion yang agak besar. Sepinggan mee goreng tu boleh makan untuk dua, tiga orang. Mee goreng pun dihidang dengan sup tau. Ada kelainan kan? Walaupun big portion, tapi harga boleh aku anggap sebagai murah. Banyak jugak cerita pasal Sabah aku dapat dari PSS. Cerita kat sini? Tak payah la kot… Lepas kitorang makan borak, makan borak dengan PSS dan kawannya, Minah Jakarta mintak bawakkan dia cari udang galah memalam tu jugak. Kebetulan ada 1 kedai bertentangan dengan Pasar Filipina ni masih buka. Apa tah nama kedai tu aku dah lupa. Dia order 2 kilo udang galah beku, RM150. Tak pasti pulak  aku mahal ke murah. Jumpa 2 orang brader dari semenanjung kat dalam kedai tu, katanya kalau nak lagi murah, pukul 2 pagi kang tunggu bot nelayan turunkan tangkapan kat Pasar Basah. Masa tu memang boleh dapat murah gilerrrrr.


...bersambung…


Sunday, January 20, 2013

3h2m Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu – Chapter 6/8


Salam.

Lepas kira2 2 jam lebih berendam, kitorang dipanggil naik bot ke Pulau Sapi.Hepi bukan kepalang rasa di hati. Orang kata Pulau Sapi ni paling cantik dalam banyak2 pulau kat situ. Kenapa nama dia Pulau Sapi ek? Banyak Sapi ke kat situ? Entah aku pun tak tau. Sebaik kitorang jejak je kaki kat Pulau Sapi hujan pun turunnnnn dengan lebatnya.

Tak faham la kenapa nak berteduh? Kan nak masuk air, biar je la basah pun....
Pulau Sapi ni….humang aiiiiiiiiiiii… Cantik woooooooooo!!!! سبحان الله, bersyukur aku sebab diberi kesempatan meneroka bumi ciptaanNya. Walaupun pulau ni tak besar sangat, tapi air laut yang jernih membiru. Pantainya putih bersih. Bila hujan dah reda sikit, aku terus terjun dalam laut. Hah! Dengan tak disangka2, ikan2 aneka rupa dan kaler datang mengelilingi aku. Woooooo…rasa macam aku la puteri duyung hari tu. Ni semua ikan kecik2 ye. Takde ikan jaws ke ikan paus ke. Sape buat snorkeling kat sini memang terbaek lah. Tak reti aku nak describe dengan kata2, tapi memang spectacular view lah! CiptaanNya yang Maha hebat! Sayang sekali Minah Jakarta tu takmo masuk air. So, dia tunggu je la aku kat tepi pantai. Nak buat cemana kan, aku ni semua nak redah…

Clear water!
Lebih kurang 2 jam lebih kat sini, kitorang naik semula bot untuk balik ke Jesselton Point. Dalam bot nak balik ke Jesselton Point tu takde la ramai, aku, Minah Jakarta, 2 orang penumpang lelaki dan brader bot. Aku duduk depan sekali. Ni nak habaq mai…satu lagi pengalaman yang aku tak pernah lalui dan tak semua orang pernah lalui…hehe yariba! yariba!...

Awan mendung sebelum langit menangis selebat-lebatnya....uwaaa ngan aku2 pun menangis!
Dalam perjalanan bot meredah laut Sabah yang luas membiru tu, tetiba hujan turun. Mula2 rintik2…. Aku relax je ngan confident level yang sangat tinggi. Lepas tu makin besar rintik dia… Ok, aku dah start hilang macho and tundukkan kepala tanda setuju nak elak tempias. Lepas tu makin kuat dan makin lebat. Lebat dan lebat. Woooooo…pedih woo muka bila kena air hujan yang turun melaju selari dengan kelajuan bot yang memang laju terhempas2 atas permukaan laut tu. Seram je bunyi bila bontot bot tu berlaga ngan air laut. Masa tu aku memang dah tak tahan nak melawan tempias hujan yang giler lah kuat tu. Dan brader bot yang rock n roll tu macam paham2 je, men’slow’kan bot dia. Aku apa lagi, toleh belakang nampak je ada seat kosong, terus bangun duduk kat situ. Lepas tu….

...bersambung…

Saturday, January 19, 2013

3h2m Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu – Chapter 5/8

Salam.

Kitorang sampai kat KK malam tu lebih kurang pukul 8.30 malam. Lepas bersihkan diri n solat, kitorang keluar semula cari makan. Target aku malam ni ialah seafood! Tak kira apa jadi aku tetap nak dinner seafood malam ni. Kitorang menapak jalan kaki dalam 5 minit je dari hotel ke area kawasan Pasar Kraftangan. Malam2 ada jual seafood kat kawasan ni. Minah Jakarta ni order kerang yang besar2 tu sepinggan masak sambal. Chilli crab 2 ekor, tomyam semangkuk besar, kalian ikan masin, udang, sotong, tah apa tah lagi. Banyak sangat, lupa dah aku. Semua2 tu lebih kurang RM90. Mahal tak? Murah….kitorang order banyak! Jangan la buruk lantak macam tu lagi. Nafsu mata je semua tu. Bukannya habis pun.

Gambar ni je sempat snap, yang lain dalam perut! haha...

Tengah dok melayan makanan laut segar tu, PSS message and say sorry sebab tak dapat entertain kitorang. Alah apadehal…gua ok je bro! Lepas makan tu kitorang terus balik hotel. Perut dah penuh, badan dah penat, betis aku pun dah kejung dek clutch Myvi yang sangat mesra pengguna tu. Apalagi…… zzZZZZZzzzzZzZzzz je laaa… Sebelum tidur, aku sempat remind Minah Jakarta ni yang tomorrow kena siap cepat2 dan kalau boleh nak kejar bot pertama ke Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Weeeeehuuuuu…..

Day 2 - 13/01/2013

Pagi tu Minah Jakarta ni bersiap 2 jam…hmmm nak pergi island hopping je kot…. Walaupun aku dah remind awal2 maka lambat lagi lah nampaknya program hari ni bermula. Breakfast pun tak sempat. Nasiblah labuuuuuu… Sampai je di Jesselton Point, kitorang pun usha2 kaunter yang berderet jual package2 menarik untuk aktiviti laut. One thing kat Sabah ni, tourist mat saleh sangatlah ramai. Kitorang beli tiket untuk pergi 2 pulau je. Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Ikutkan aku yang entah bila lagi dapat ke Sabah ni, nak je redah 5 pulau terus. Tapi, amoi muka melayu kat kaunter tu kata, “kalau you nak pergi 5 pulau, bulih bah…tapi kena datang pagi2 tadi lagi. Kena naik bot pertama bertolak pukul 8 pagi tadi bah” huuuuuu….sadis je ayat dia. Aku tengok jam kat henfon pukul 10.30pagi. Huuuuuu lagi….

Ok, Pulau Manukan tempat pertama yang kitorang tuju brader bot rock n roll ni bawak kitorang.

Bro ni muka serius.. Tp, bila hala je kamera kat dia terus pose! hehehe... sporting derr!!

Dengan kelajuan bot yang sederhana, dalam 15 minit kitorang dah sampai. Maha suci الله yang menciptakan langit dan bumi, termasuklah Pulau Manukan ni. Cantik kata ko!!!!! Aku rasa kecik sangat masa kat tetengah laut tu. Kalau lah tetiba tsunami, mungkin aku akan tenggelam gitu je dalam laut yang saujana luas mata memandang. Hehe…tragis betul imaginasi aku. Sampai je kat pulau tu, semua orang pun tukar pakaian mandi swimming trunk and bikini. Hilang akal? Maksud aku mat2 ngan minah2 saleh tu lah…. Kitorang plak terus tuju kat kedai makan. Pekena nasi campur dulu sebab lapor pagi tadi tak breakfast. Mahal tak? Memang mahal! So, elakkan makan kat pulau. Bawak bekal lagi best. Aktiviti seterusnya ialah merendam badan dalam air je. Minah Jakarta ni takmo snorkeling, nak naik banana boat tak cukup korum pulak. So, jadi memerang je lah kitorang kat situ. Elok sangat, lepas makan duk berendam. Tau mak aku mesti kena marah….wakakaka..

Jeti ke pantai.

Jeti Pulau Manukan.

Sila baca dan fahamkan!

Awan mendung je... (aku mai Sabah at wrong time la)

Minah Jakarta ni tengah merenung masa depan or, tengah plan nak balik Jakarta naik bot depan dia tu...hiks :P
...bersambung...

Friday, January 18, 2013

3h2m Cuti-Cuti Di Kota Kinabalu – Chapter 4/8

Salam.

Ok2, perjalanan diteruskan lagi sampai la kat Pekan kecil Ranau. Kat sini ramai penduduk berniaga hasil tanaman macam sayur2an dan buah2an kat tepi2 jalan. Kitorang singgah sebab Minah Jakarta ni nak sangat makan durian. Pada aku, sama je kot durian Ranau ke, durian Perak ke, durian Jakarta sekalipun. Tetap rasa durian, takkan rasa apple punya… (gila kerek ayat aku). Sebenarnya, aku malas nak singgah sebab hari makin gelap. Karang usah kata lembu ala2 kat New Zealand, even rumput pun tak nampak kang. Lepas beli sebiji durian dan setengah kilo duku langsat, kitorang pun pecut ke destinasi di tuju. Kat area Ranau ni, penempatan diorang kat lereng2 bukit. Rumah diorang kebanyakannya rumah kayu je. Tapi hampir keseluruhan rumah dikelilingi dengan tanaman sayur2an yang segar bugar. Bahagian depan rumah pulak ceria dengan pokok2 bunga aneka warna dan cantik2 youuuuuuukaler ungu, hijau, merah, oren….ish2 macam2 kaler. Semua pokok2 bunga diorang subur2 I tell you!

Cantik!

Cuaca dah mula nak gelap. Kabus pun tebal.

Kawasan kat sini berbukit curam, nasib baiklah aku rent Myvi, kalau kelisa aku yang kat rumah tu mau tercungap2 nak naik kot. Minah Jakarta sebelah aku ni memanjang cuak takut aku tak lepas bukit2 tu. Hahaha…takkan la tak lepas kot… الله adalah sebaik2 penolong. Kan dah doa masa masuk dalam kereta tadi. Tu lah istimewanya orang Islam. Hehe…konfiden? Of course aku konfiden denganNya. Hari makin kelam, kaki makin sakit gara2 pedal clutch Myvi ni keras sesangat. “Brader US, pi la lembutkan sikit clutch ni, sakit woooo kaki aku!” Akhirnya kitorang sampai ke destinasi dituju. Desa Cattle Dairy Farm. Memang luas tempat ni. Tapiiiiiii seperti yang aku dah agak dari awal, usah kata lembu, rumput pun tak nampak dah kaler apa. Dah malam laaaaa….tempat tu dah tutup. Melepas aku nak pose maut ngan lelembu tu semua. Siapakah yang patut dipersalahkan? Jawapannya ialah PSS! Har! Har! Har! (keluar lagi gelak jahat Nordin Ahmad aku). Oh, by the way, aku tetap bersyukur. So, lepas ni kalau ada rezeki ke sana at least aku dah tau jalan. Lalalalalaaaaa….(sedapkan hati sendiri).

Balik dari Desa Cattle Dairy Farm, kitorang singgah beli air mineral basahkan tekak kat pekan Ranau tadi and turn back ke KK. Bermulalah pengalaman mencabar pertama kali dalam hidup aku memandu sejauh 3 jam dengan takde lampu jalan. Dengan cuaca berkabus dan gelap. Dengan jalan banyak selekoh tajam. Dengan banyaknya lori waktu malam. Dengan ada roadblock lagi. Siap kena tahan and kena interview lagi dengan Abang2 Polis tu. Perghhhh!!!! Gamble giler! Macam takkan buat lagi la aku niiii... Hahaha…. Taubat nasuha tu tak la…tapi, tau la buat! Kuikuikui… Aku pun tak tau pasai pa ada roadblock. Aku tanya PSS, dia kata mungkin ada kes. Lagipun tu kawasan sempadan dengan Filipina, so roadblock memang selalu ada. Ok got it!


...bersambung... 


Bayaran Zakat Pendapatan Melalui Potongan Gaji

Company tempat aku kerja ni baru je nak masuk 5 tahun beroperasi. Staff kat dalam ni dah tanya bila boleh buat Potongan gaji untuk bayar zak...