Salam.
Tahukah anda apa itu bekam?
Skema kemain kannn... Heeee..bekam ni kalau orang Arab, diorang kata hijamah.
Pernah tak korang cuba try test? Aku pun
baru je cuba benda ni last week. Bekam ni actually
tersangat la bagusnya untuk kesihatan fizikal dan spiritual. Orang Islam la terutamanya,
sangat digalakkan uols buat bekam ni.
At least buatlah sekali dalam seumur
hidup. Gerenti tak nyesal.
Tau tak (aku tak tau sebelum
ni) yang berbekam ni boleh prevent
dari bermacam2 jenis penyakit, in shaa Allah. Eh, jangan tak tau Cik Temah, berbekam
pun boleh mencantikkan wajah. Sape2 yang muka banyak jerawat ke, atau apa2 je
yang bertepek kat muka tu try la
bekam. Berbekam kat muka akan mengeluarkan darah2 kotor. In shaa Allah, kulit lebih cantik dan sihat. Haaaaaa...nak
tak?!?!
Last week (last week la sangat...dah berbulan2 pun.. Entah2 tahun lepas. Lupa sudah...) dengan
cekalnya aku pi la try bekam ni kat
rumah Che Wann. Actually, dia ni junior aku masa sekolah dulu. Lepas calling2 set appointment and check address, aku sampai jugak ke rumah dia.
Lepas mukadimah gitu gini ala2 kadar + gosip zaman2 sekolah, aku pun disuruh
dek Wann ni pakai pakaian khas. Pakaian ala2 zaman nenek aku pi cuci kain kat
tepi sungai...hehe.. Lepas massage
situ sini kat bahagian nak bekam, Wann pun memulakan dengan bismillah. Dia pam
cawan2 comel macam nk buat cupcake tu
kat bahagian belakang badan aku. Dia pam sikit je dulu, after few second dia pam habis. Pastu dia cucuk2 dengan alat khas.
Aku tak tengok pun, tapi macam jarum kot.. Tujuan cucuk ni supaya rongga kulit
terbuka dan darah kotor akan keluar.

Masa Wann tengah tekun cucuk2
kulit aku tu, aku sempat la interview
sepatah dua kata kat Wann. Wann kata, biasanya orang akan bekam bahagian
belakang badan, atas kepala (migrain),
muka (jerawat), tangan (kebas) dan kaki (untuk macam2 penyakit). Kalau pesakit
ada penyakit yang agak serius, darah kotor yang keluar lebih pekat dan hitam.
Berbanding dengan mereka yg sihat darahnya hanya sedikit dan kemerah2an. Wann
kata lagi, sesetengah orang dia akan rasa pening lepas bekam. Digalakkan minum
banyak air suam dan elakkan minuman yang sejuk.
Alhamdulillah, time aku tu takde la rasa sakit kena
bekam tu. Darah kotor yang berjaya disedut dek junior aku ni pun kemerah2an biasa je. Dan aku pun tak la rasa
pening2 lepas tu.
Aku respect
la pekerjaan yang diceburi Wann ni. Ala2 Ms Drakula gitu...tapi yang ni sedut
darah orang, bukan hisap darah. Hahahhaa.. Moga Wann terus sukses dan berjaya!!
Untuk info lanjut pasal bekam, contact
la Che Wann kat website sinun... Mukjizat Bekam