Salam.
2pagi? Tido lagi sedap kot. Kaki aku penat woh drive pergi balik Kundasang tadi. Kereta manual dengan clutch keras la katakan. Ishh..apa ni asyik merungut je! Ce bersyukur cik kak…. *الحمد لله
2pagi? Tido lagi sedap kot. Kaki aku penat woh drive pergi balik Kundasang tadi. Kereta manual dengan clutch keras la katakan. Ishh..apa ni asyik merungut je! Ce bersyukur cik kak…. *الحمد لله
Day
3 – 14/01/2013
Oleh kerana, semalam nak singgah kat Rumah Terbalik tak sempat sebab balik
dari Kundasang tu dah ponat ya amek! So, niat tu diteruskan hari ni. Lepas breakfast ala kadar, kitorang terus ke
sana. Laju sikit hari ni sebab dah tau jalan. Tapi jalan kat Sabah ni banyak
kamera, so hati2 ok! Menarik jugak
Rumah Terbalik ni sebab takde lagi orang tinggal dalam rumah macam tu kot….
Kalau ada, mau jalan pun terbalik. Pening gak kepala aku tengok mesin basuh,
perabot, tv, peti ais, mesin jahit….macam2 lagi lah…semua terbalik. Takde
gambar nak tunjuk sebab tak boleh snap
gambar dalam rumah tu. Satu jam jugak lah kitorang kat sini.
![]() |
The Upside Down House of Borneo |
![]() |
Hujan lagi...... Camne ek? Atap kat tanah.. |
![]() |
Minah ni tengah pilih souvenir untuk |
Lepas Minah Jakarta beli souvenir, kitorang gerak ke KK. PSS
pulak muncul lagi dengan kawannya belanja kitorang makan tengahari. Auwww….
Selamat poket hakak! Lepas makan Minah Jakarta ni request nak memborong cenderahati lagi kat Pasar Kraftangan. Settled semua kitorang ambik udang galah
dengan ikan masin yang kitorang order
malam tadi and terus ke airport walaupun sebenarnya ada lagi
sejam dua sebelum flight ke KL. On the way to airport, call Brader US sebab nak return balik Myvi dia. Aku
buat penyerahan kuasa kereta kat airport
je.
Naik je ke boarding rupanya si PSS ni
dah tunggu kat sana. Wallaaaaa…kawan aku sorang ni belikan kitorang
cenderahati. Terima kasih banyak2 ya encik. Maka, pulanglah kitorang petang tu
meninggalkan macam2 kenangan di Sabah Negeri Di Bawah Bayu.
![]() |
Babai Kota Kinabalu. 5.30 petang, still mendung dan hari semakin gelap. |
![]() |
Babai cintaku di Kinabalu. Erkkk...cintaku di Kundasang la. Suka! |
Kesimpulannya, 3 hari 2 malam adalah
TIDAK cukup! Hahaha… Tapi, الحمد لله aku diberi peluang dan ruang
ke Sabah. Rezeki namanya tu dek Non!
- TAMAT -