Salam.
Ngan Minah Jakarta pun bertukar
tempat. Hehe ingat aku sorang je tak tahan. Brader bot tu suruh kitorang empat2
orang amik life jacket yang tergantung tu untuk tutup muka. Giler besar siot
tempias hujan tu. Serius cakap, sakit giler! Kalau tak takkan brader yang 2
orang lagi tu pun beria tutup muka. Hehehee…. Kira2 15 minit gak kitorang
berhadapan aksi2 mencemaskan kat tengah laut tu. Dengan ombak tinggi, awan
gelap dan kilat menyambar2… Dah rasa macam nelayan di musim tengkujuh plak.
Tapi, bila kenang semula….cam best
plak experience tu. Haha.. Rasa proud
giler sebab aku orang Islam. Aku rasa orang Islam akan lebih penghayatannya
tentang ciptaan tuhan.
 |
Saujana bumi ciptaan Allah swt. |
Dia lah yang
menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala
isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air
hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis
buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi الله,
sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa الله
ialah Tuhan Yang Maha Esa) : Al-Baqarah (22)
Sampai je kat Jesselton Point,
kitorang terus heading back to hotel.
Dah petang sangat masa tu. So, kitorang bersihkan diri, rehat2 kejap sementara
tunggu Maghrib. Masa tu la PSS message kata nak joint dinner malam tu. Selepas
solat kitorang ke Pasar Ikan Masin memborong amplang, kuih cincin dan ikan
masin. Amplang dan kuih cincin adalah benda wajib dalam senarai barang yang aku
kena beli. Lepas tu terus ke Pasar Kraftangan memborong cenderemata dan
cenderahati sebagai buah tangan untuk insan tersayang (ayat buku teks). Apa
beza cenderamata dengan cenderahati? Oh, yang memborong ialah Minah Jakarta je.
Kemain banyak dia beli T-shirt gambor2 tempat menarik kat KK. Banyak kali dia offer aku tapi aku takmo. Bukan sombong,
tapi memang aku takmo. Bior ler dia borong sakan untuk kengkawan dia kat
Jakarta tu. Siap beli aksesori rantai, gelang dari mutiara air masin. Dia offer lagi, dan aku tolak lagi.
Errr…bukan tak minat aksesori, cuma tak minat mutiara (sengih). Tapi aku tak
cakap la kat dia…sebab, dia minat sangat kot... Kang kecik hati pulak kan…
(sengih lagi).
Tengah dok melangut tengok Minah tu
membelek2 mutiara ni la PSS muncul dan kitorang
di bawa makan kat Pasar Filipina. Makan mee goreng je malam tu. Kat sini
makanan dihidangkan dalam portion
yang agak besar. Sepinggan mee goreng tu boleh makan untuk dua, tiga orang. Mee
goreng pun dihidang dengan sup tau. Ada kelainan kan? Walaupun big portion, tapi harga boleh aku anggap
sebagai murah. Banyak jugak cerita pasal Sabah aku dapat dari PSS. Cerita kat
sini? Tak payah la kot… Lepas kitorang makan borak, makan borak dengan PSS dan
kawannya, Minah Jakarta mintak bawakkan dia cari udang galah memalam tu jugak.
Kebetulan ada 1 kedai bertentangan dengan Pasar Filipina ni masih buka. Apa tah
nama kedai tu aku dah lupa. Dia order 2 kilo udang galah beku, RM150. Tak pasti
pulak aku mahal ke murah. Jumpa 2 orang
brader dari semenanjung kat dalam kedai tu, katanya kalau nak lagi murah, pukul
2 pagi kang tunggu bot nelayan turunkan tangkapan kat Pasar Basah. Masa tu
memang boleh dapat murah gilerrrrr.
...bersambung…